April 26, 2024

Search
Close this search box.

KUALA PILAH, 9 Nov. — Seramai 9 orang delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terdiri daripada penyelidik dari Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan pegawai dari Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) telah mengadakan lawatan jaringan komuniti dan industri di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membina kerjasama dengan pihak berkepentingan di sana melalui perancangan projek membangunkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya dalam bidang teknologi pemasaran, pembungkusan, dan halal.

Pasukan UTM terdiri diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aini Suzana Binti Datuk Ariffin dari FTIR dan Prof. Madya Dr. Aznah Nor Anuar dari CCIN.

Turut serta ialah Prof. Datuk Dr. Halimaton Bt Hamdan selaku penasihat projek, dan ahli-ahli projek terdiri daripada Dr. Mariam Firdhaus Binti Mad Nordin dari MJIIT, Dr. Intan Sazrina binti Saimy @ Saman dari FTIR dan Dr. Nabilah Binti Zaini dari MJIIT.

Pegawai UTM lain yang turut hadir adalah Puan Sohailah binti Safie dan Ts. Mohd Hazri bin Ishak dari CCIN dan Puan Siti Zalita binti Ad. Talib dari PPMU.

Kunjungan dari UTM telah disambut baik oleh ADUN Seri Menanti, Ybhg. Dato’ Hj. Abd. Samad Bin Hj. Ibrahim merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh, Dato’ M.Yahya Bin A.Hamid bersama Pengurus Besar, En.Mohd Khairul b.Abd Rahim dan barisan Ahli Jemaah Pengarah.

Dalam sesi lawatan ini, pihak ADUN dan Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Ipoh telah berbesar hati mengadakan mesyuarat bersama pasukan penyelidik dari UTM dan mendengar pembentangan proposal projek daripada Dr. Aini Suzana berkenaan pembangunan usahawan berasaskan inovasi dan teknologi di Kuala Pilah. Hasil perbincangan yang positif telah didapati oleh kedua-dua pihak.

Usai mesyuarat dan perbincangan yang berlangsung selama kira-kira 2 jam, delegasi UTM telah dibawa melawat ke kawasan perniagaan usahawan produk salai untuk melihat lebih dekat proses menjalankan perniagaan produk tersebut di Daerah Kuala Pilah.

Layanan mesra daripada pihak ADUN diteruskan dengan jamuan makan tengah hari di Laman Budaya Seri Menanti.

Explore More