April 25, 2024

Search
Close this search box.

Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dikenali sebagai Kolej PALAPES UTM. Namun begitu tidak ramai yang tahu, ramai atlet Malaysia yang pernah menginap di Kolej Tun Dr Ismail.

Sejarah bermula dengan kejayaan pertama kali memenangi SUKAM 2017 iaitu pertandingan sukan antara Kolej di UTM di mana pada waktu itu, begitu ramai atlet yang berminat untuk duduk di KTDI UTM.

Kolej Tun Dr Ismail UTM mempunyai kedudukan strategik untuk dijadikan tempat Latihan Sukan di dalam UTM. Ia berdekatan dengan Balai Cerap iaitu tempat tertinggi dalam UTM untuk tujuan Latihan Kardiovaskular, Lapang Sasar Menembak UTM (Latihan Psikologi), Rentas Halangan PALAPES UTM (Latihan kekuatan), Lata Jernih UTM (Rehabilitasi Sukan) dan lain-lain lagi.

LATAR BELAKANG DATARAN RESAK KTDI UTM

KTDI UTM juga sangat menghargai Atlet Sukan yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang. Pelbagai inisiatif yang telah dijalankan oleh Pengetua, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan seperti peralatan sukan strongman dan strongfit dalam Dewan KTDI UTM.

Selain itu, Pengetua KTDI UTM juga telah mewujudkan Bilik Perancangan Strategik Sukan Olimpik UTM.

PALAPES UTM

Selain itu, Tn Hamdan selaku Penolong Pengurus Asrama KTDI telah memberi cadangan agar kita menjaga kebajikan atlet ini dengan memberi hadiah kejutan di dalam bilik asrama pelajar tersebut apabila pulang dari mewakili negara.

Tn Hamdan juga mencadangkan suasana aktiviti berbasikal dan konvoi motosikal di hidupkan semula kerana boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat dan kuat. Beliau merancang untuk menghidupkan semula aktiviti rewang dan gotong royong di KTDI pada tahun 2023.

SAMUEL RENTAP BERAKSI

Kembali semula kepada Pelajar KTDI UTM iaitu Samuel Rentap, seluruh warga KTDl UTM, UTM Sports Excellence dan pasukan ragbi UTM Pirates juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan kejayaan kepada saudara Samuel Rentap Anak Meran, pelajar Tahun 3 Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UTM Johor Bahru yang menetap di MA1, Kolej Tun Dr Ismail UTM.

KELAB RAGBI PFORZHEIM

Beliau merupakan atlet ragbi UTM, juga pemain ragbi Malaysia dan kini terpilih untuk mewakili pasukan Rugby Pforzheim yang berpangkalan di Jerman, di mana beliau akan terlibat dengan 1st Division di Germany Rugby Union yang akan berlangsung dari bulan September 2021 hingga tahun depan. Kejayaan beliau juga mendapat perhatian Kesatuan Ragbi Malaysia dan warga ragbi Malaysia.

Ini adalah satu program yang sangat baik dan berimpak untuk memberi pendedahan kepada atlet Malaysia.

PENGIKTIRAFAN ATLET MALAYSIA

Saudara Samuel Rentap juga telah menunjukKan displin yang sangat baik semasa menetap di Kolej Tun Dr Ismail kerana tidak pernah membawa masalah kepada pengurusan Kolej.

Malah setiap awal 7.00 pg boleh melihat beliau melakukan latihan sukan beliau apabila berlari di sekitar Kawasan KTDI UTM bagi mengekalkan tahap stamina beliau. Beliau juga banyak membantu atlet baharu yang ingin menjadi seperti beliau. KTDI sentiasa memastikan kebajikan atlet sukan terjamin seperti penyediaan water cooler di sekitar dewan KTDI UTM.

DEWAN KOLEJ TUN DR ISMAIL

KTDI UTM juga merancang UPGRADE semua fasiliti sukan yang ada di sekitar Kolej Tun Dr Ismail. KTDI UTM ingin menjadi kolej pertama menjalankan inisiatif tersendiri untuk menyediakan prasarana dan fasiliti sukan yang terbaik kepada warga sukan. KTDI UTM juga telah berjaya membuktikan mampu menyediakan prasarana terbaik sebelum ini seperti kemudahan fasiliti PALAPES KTDI UTM. Jika dahulu tidak mempunyai dewan makan dan kini mempunyai dewan berbumbung untuk ruang makan PALAPES KTDI UTM.

Menjadi seorang atlet bukanlah suatu tugasan yang mudah. Pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan seperti tidur yang cukup, datang latihan sukan pada waktu pagi dan petang, pergi bertanding kejohanan selama sebulan atau 2 minggu di luar negara.

Ini menyebabkan mereka ketinggalan banyak perkara dan perlu catch up segera agar tidak ketinggalan. Jadi apa yang dilakukan oleh pihak KTDI UTM adalah contoh seperti Temuduga Pemilihan Pelajar Kolej pada waktu malam, Atlet  KTDI diberi keistimewaan untuk berjumpa pengetua terus untuk mendapat bilik kolej. Ini kerana mereka telah kepenatan menjalani latihan sukan di setiap petang.

KTDI UTM juga adalah kolej pertama yang melahirkan pemenang anugerah TOKOH SISWA UNIVERSITI YANG PERTAMA DARI UTM apabila saudara Syafik Rahmat yang merupakan pengarah program SUKAM KOLEJ 2018 telah terpilih pemenang anugerah kepimpinan sukan KPT dan kemudian Terpilih sebagai TOKOH SISWA KPT pada tahun 2018.

Selain menyediakan prasarana yang terbaik, KTDI juga menyediakan perancangan program sukan yang terbaik di UTM.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH SISWA KEBANGSAAN
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN MELALUI ANJURAN PROGRAM SUKAM 2017

Secara tuntasnya, sukan adalah suatu program yang perlu dijalankan secara professional dalam memastikan kejayaan sesuatu atlet atau pasukan seperti yang telah dilakukan oleh JDT. Sukan bukan hanya digunakan sebagai penumpang glamour apabila diumumkan sebagai pemenang dalam mana mana kejohanan utama dan besar.

Ia perlu dilaksanakan dan dijalankan oleh orang yang benar-benar ikhlas untuk menjadikan bidang ini berjaya dan berjalan dengan baik. Kita tidak mahu penumpang yang hanya mahu gunakan sukan untuk melaksanakan agenda tersendiri. Usaha yang berterusan tanpa erti penat lelah pasti satu hari nanti sukan mempunyai badan professional di Malaysia dan di iktiraf sebagai sebuah bidang utama dalam mana mana ruang pemilihan jenis geran penyelidikan dan program anjuran sukan juga mampu melahirkan ANUGERAH TOKOH SISWA KEBANGSAAN 2018.

Akhir kata, majulah sukan untuk Negara. KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA.



Disediakan Oleh,

Ts. Dr Hadafi Fitri Mohd Latip

Felo Kolej Tun Dr Ismail

Universiti Teknologi Malaysia.

With Wisdom, We Explore

Explore More