April 19, 2024

Search
Close this search box.

Konvensyen JKM 2021 Perkasa Pelan Strategik Pembangunan Pelajar KTHO Sesi 2021/2022

JOHOR BAHRU, 23 Okt. – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) sesi 2021/2022 telah menganjurkan program Konvensyen JKM 2021 menerusi aplikasi persidangan dalam talian Cisco Webex.

Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha untuk membentuk barisan kepimpinan baharu JKM KTHO sesi 2021/2022 yang lebih mantap, berkemahiran dan berpengetahuan sekali gus selari dengan keutamaan strategik UTM enVision 2025, iaitu melahirkan bakat holistik dengan membangunkan graduan berkualiti tinggi.

Konvensyen yang julung kali dianjurkan ini menjadi platform terbaik bagi JKM KTHO sesi 2020/2021 untuk berkongsi pengalaman dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar bersama 33 ahli JKM KTHO sesi 2021/2022.

Perkongsian daripada Majlis Tertinggi JKM KTHO sesi 2020/2021

Konvensyen JKM 2021 menampilkan perkongsian pengalaman, strategi, analisis kekuatan dan kelemahan pelaksanaan aktiviti kolej yang lepas daripada kepimpinan sesi 2020/2021 yang terdiri daripada Majlis Tertinggi JKM KTHO, Ketua-Ketua Biro dan Pengarah-Pengarah Program UTM Top Bidder dan berimpak tinggi.

Perkongsian daripada barisan kepimpinan JKM yang lepas turut menyentuh mengenai perancangan dan pelaksanaan program kolej pada waktu pandemik Covid-19, yang mana ia memberikan cabaran baharu buat mahasiswa terutama dalam aspek komunikasi dan pengagihan tugas dalam kalangan ahli jawatankuasa yang dilantik.

Perkongsian daripada Ketua-Ketua Biro JKM sesi 2020/2021.

Perkongsian daripada pengarah program UTM Top Bidder dan program berimpak tinggi.

Sementara itu, Konvensyen JKM 2021 menjadi medan yang terbaik untuk sesi bedah siasat program-program UTM Top Bidder dan program kolej berimpak yang telah dianjurkan iaitu Debat Piala Hussein Onn 2021 (DPHO ’21), Campus to Corporate (C2C) dan Dapur KTHO Berasap 2021 (DESAP ’21) sekali gus menjadi iktibar kepada barisan Pengarah Program UTM Top Bidder akan datang.

Antara maklum balas berguna yang dikongsikan ialah seperti tatacara dan strategi kolaboratif atau sinergi dengan pihak luar kampus, di samping strategi hebahan dan publisiti program yang berkesan. Perkongsian yang diberikan sudah tentu dapat membantu barisan Pengarah UTM Top Bidder sesi ini untuk lebih bersedia dalam menghadapi ujian dan rintangan yang mendatang agar semua perancangan berjalan dengan lancar.

Sesi fotografi melibatkan JKM sesi 2020/2021 dan JKM sesi 2021/2022.

JKM KTHO sesi 2021/2022 berharap agar penganjuran Konvensyen JKM 2021 dapat memberi manfaat kepada semua ahli JKM KTHO terutama dalam aspek pengurusan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan pelajar, supaya program yang dianjurkan pada sesi ini mampu memberi impak positif kepada warga UTM amnya dan warga KTHO khususnya dalam pembinaan karakter mahasiswa dan mahasiswi yang lebih berpengetahuan, berketrampilan, dan berkeyakinan.

Disediakan oleh: Nur Diyanah binti Abd Rahman (JKM KTHO), Aida Fathinah binti Zaidi (JKM KTHO) & Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal (Felow penyunting KTHO)

Explore More