April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM berbangga apabila buat pertama kali dalam sejarah UTM telah berjaya menghantar 2 staff UTM untuk menyertai kejohanan Tinju di Kejohanan Terbuka Malaysia di dataran grik bermula 6 Disember sehingga 12 disember 2021. 2 peninju UTM berjaya mendapatkan slot untuk wakil peninju negeri JOHOR.

Kedua-dua staf tersebut telah menjalani Latihan insentif hampir selama 3 bulan di bawah bimbingan Jurulatih Pembangunan Tinju Johor iaitu Coach Azmi dan sokongan Pengarah UTM Sports Excellence iaitu Tn Hj Armadi Ahmad.

Peninju dari UTM tersebut ialah saudara Muhamad Amirul Hanif B Md Tahir yang merupakan staff UTM SPORTS EXCELLENCE dan saudari Rahizah Bt Abdul Rahiman yang merupakan staff Fakulti Sains UTM.

Kedua-dua mereka juga sebelum ini adalah merupakan atlet iaitu dalam sukan RAGBI dan sukan SOFBAL. Mereka bermula dari kosong dan telah dilatih selama 3 bulan untuk menyertai kejohanan terbuka Tinju Malaysia.

Penyertaan mereka adalah merupakan sejarah pertama kali buat UTM dalam pertandingan tinju peringkat Malaysia.

Program Latihan Tinju anjuran Kelab Sains Inovasi Teknologi Sukan UTM adalah merupakan langkah pertama yang dilakukan bagi usaha menubuhkan kelab Tinju UTM dan melahirkan bakat peninju Johor dalam kalangan warga UTM.

UTM ingin menjadi universiti pertama mempelopori sains tinju. Pelbagai penyelidikan boleh dilakukan dalam sukan tinju seperti biomekanik sukan, nutrisi sukan, teknologi sukan dan pelbagai lagi.

PASUKAN TINJU NEGERI JOHOR

Ia juga merupakan kerjasama industri iaitu Persatuan Tinju negeri Johor dan pihak kelab sukan universiti. Sukan tinju adalah merupakan salah satu sukan yang eksklusif di mana tidak ramai mendapat peluang untuk mempelajari secara mendalam tentang sukan ini.

Umum mengetahui subjek kokurikulum tinju tiada di sekolah dan jika ingin belajar di pusat kecergasan memerlukan kos yang tinggi.

Justeru, peluang yang diperolehi untuk menyertai persatuan tinju Johor dalam pertandingan kejohanan terbuka Malaysia adalah satu rahmat.

AKTIVITI MENDAKI GUNUNG BERSAMA PASUKAN TINJU NEGERI JOHOR

Selain mencari bakat peninju baru, ia juga adalah merupakan salah satu sukan yang mengajar dan mendidik tentang seni pertahanan diri dan erti sebuah kehidupan.

Kemampuan dan keupayaan dalam seni mempertahankan diri pada masa kini adalah sangat penting agar selamat dari anasir-anasir jahat, penzalim dan sikap orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Ia juga melatih mental kita agar sentiasa bersedia dan kuat menjalani rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

INDOOR ARENA STADIUM NUSAJAYA

Latihan Tinju ini telah dikendalikan oleh coach Azme Rahman iaitu juga merupakan coach pembangunan atlet tinju negeri Johor.

Coach Azme telah banyak melahirkan ramai bakat muda tinju dalam kalangan pelajar sekolah di negeri Johor untuk diserap masuk sbg atlet SUKMA Johor dan sebagainya. Malah ramai antara pelapis tersebut kini telah menjadi Atlet Negara. Beliau bertugas sebagai jurulatih pembangunan selama 15 tahun di Sekolah St. Joseph Larkin Johor.

Berlatih menjadi seorang petinju memerlukan usaha, displin, jati diri dan kepercayaan diri. Jika serius mempertimbangkan minat bertinju sebagai seni pertahanan diri dan kareer, seorang jurulatih yang kompeten dan berpengalaman luas perlu dijadikan rujukan. Tinju bukan hanya semata sukan malah ia adalah seni mempertahankan diri dan mengajar erti sebuah kehidupan yg keras.

LATIHAN TINJU PADA HUJUNG MINGGU
SPORTS INNOVATION AND TECHNOLOGY CENTRE
PENINJU UTM SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT DARI JURULATIH JOHOR

Ini adalah perancangan strategik yang di rangka supaya 1 hari nanti sukan tinju berjaya di perkenalkan dan dipertandingkan di peringkat Universiti. Ia bertujuan untuk melakukan promosi agar sukan tinju dapat dilakukan di kalangan pelajar dan staff Universiti. Selain itu, UTM juga akan menjadi universiti pertama yang menghantar staff bertanding di Kejohanan Tinju Terbuka Malaysia. Hasrat kelab tinju UTM agar 1 hari nanti Pertandingan Tinju antara Universiti berjaya di jalankan di dalam UTM dan UTM merupakan penganjur yang pertama.

KELAB TINJU UTM ‘

Pada masa yang sama juga, sesi latihan juga telah dijalankan dalam kalangan pelajar dan staff UTM.

Dijangka pada awal bulan Januari tahun 2022, Kelab Tinju UTM akan membuka klinik tinju agar ia boleh disertai ramai pelajar. Coach Azme berhasrat untuk mencari bakat peninju baru di kalangan anak anak warga staff universiti. Program Kenalpasti Bakat yang terbaik dalam sukan tinju bermula umur 12 hingga 18 tahun.

Ini adalah 1 permulaan yang baik di mana setelah 15 tahun bakat tinju hanya diperolehi dan diambil melalui peringkat sekolah.

KAJIAN PENYELIDIKAN SUKAN TINJU

Kesimpulan nya, sukan tinju masih baru di peringkat Universiti. Jika hubungan dan kerjasama strategik ini berjaya dijalankan, kesemua pihak bakal memperolehi manfaat secara bersama. Pihak universiti boleh melakukan kajian dalam sukan tinju, persatuan sukan tinju negeri pula boleh fokus mencari bakat bakat baru tinju di Malaysia dan masyarakat umum dapat belajar seni mempertahankan diri iaitu sukan tinju.

Sukan tinju di luar negara adalah merupakan satu sukan yang profesional kerana telah menghasilkan hadiah kemenangan jutaan ringgit.

Secara tidak langsung ia membuka peluang pekerjaan di Malaysia dan kerjaya sebagai peninju menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Oleh itu, marilah kita bersama semarak budaya hidup yang sihat dan kuat. Majulah sukan untuk Negara.

Disediakan oleh

Ts. Dr Hadafi Fitri Mohd Latip

Timbalan Pengarah

Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM

With Wisdom We Explore

Explore More