April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM bakal rangka Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor

PERASMIAN WEBINAR PEMERKASAAN WANITA NEGERI JOHOR OLEH
YANG BERHORMAT PUAN ZAITON BINTI HAJI ISMAIL

Pada 21 dan 22 September 2021, satu Webinar Pemerkasaan Wanita Negeri Johor 2021 anjuran Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dan Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) telah diadakan secara dalam talian.

Webinar ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Zaiton binti Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor.

Turut hadir bersama dalam sesi perasmian ialah Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia serta YBrs. Puan Nurul Naqiah binti Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Webinar Pemerkasaan Wanita Negeri Johor 2021 adalah merupakan satu usaha untuk memperkasakan wanita Johor bagi Projek Pesona Wanita Profesional Johor yang telah diwartakan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam Ucapan Belanjawan Johor 2021 di bawah Inisiatif Pembangunan Wanita bertemakan “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” di bawah Agenda Johor Prihatin.

Dua pengucaptama dan 28 penceramah jemputan mengikut bidang serta 16 pembentang kertas kerja telah dijemput bagi menjayakan program Webinar Pemerkasaan Wanita Negeri Johor 2021.

Kerjasama ini merupakan satu langkah proaktif antara YPKDT dan UTM dalam menjalin kerjasama strategik membentuk jaringan think tanker dalam kalangan agensi kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam.

Kerjasama ini, YPKDT dapat menyebarluas perkhidmatan dan peranannya sebagai sebuah agensi yang sentiasa komited dan kekal relevan dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan, membawa wanita dalam arus pembangunan dan menangani masalah sosial di Negeri Johor ini.

Pesona Wanita Profesional Johor diilhamkan bagi mengiktiraf sumbangan wanita professional Johor dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaaan, mahupun antarabangsa.

Ia juga merupakan platform terbaik dalam memanfaatkan perkongsian ilmu dan kepakaran mereka bagi membangun dan memperkasa peranan wanita Negeri Johor.

Justeru, YPKDT bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan objektif pelaksanaannya termasuklah pembentukan Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor yang akan dibina oleh barisan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam usaha menganalisis tindakan, peranan dan tanggungjawab wanita Negeri Johor dengan menggerakkan inisiatif-inisiatif bersesuaian bagi mencapai hala tuju dasar-dasar kerajaan khususnya yang berkaitan wanita di Negeri Johor.

Syabas kepada Pengarah Program Dr. Nur Najwa Hanani Binti Abd Rahman dan  ahli jawatankuasa, penganjur Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dan Pusat Penyelidikan Fiqh Sains Dan Teknologi (CFiRST) yang bertindak selaku penganjur seminar kali ini.

Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada ahli-ahli perunding Pelan Tindakan Wanita Johor, yang turut terlibat menjayakan program ini. 

WANITA DAN HAK ASASI MANUSIA OLEH YM DATUK DR. TENGKU NAUFAL BIN TENGKU MANSOR
UCAPTAMA OLEH YB SENATOR RAS ADIBAH RADZI
Forum Hal Ehwal Wanita bertajuk Perkasa Wanita, Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera

Explore More