April 25, 2024

Search
Close this search box.

Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah Kongsi Pengalaman UTM Bersama Pelajar Baharu

Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2021/2022 baru-baru ini diserikan dengan sesi perkongsian oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah bersama pelajar baharu Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau jelas teruja berbicara tentang kisah dan pengalaman sepanjang mengikuti pengajian di UTM kerana secara tidak langsung ia mengembalikan nostalgia kehidupan di kampus yang pernah dilaluinya kira-kira 18 tahun lalu.

Salah satu nasihat berinspirasi daripada YB Sahar ialah mahasiswa perlu meletakkan satu iltizam untuk sampai ke garisan penamat di mana permandangan indah seperti  mana YB Mohd Shahar berada di puncak harini iaitu sebagai Timbalan Menteri Kewangan I.

Ujar YB Shahar juga, konsep ‘Kerana Tuhan untuk Manusia’ yang dibawa oleh UTM sendiri adalah konsep terulung yang harus kita martabatkan kerana tujuan kita adalah hendak meningkatkan bukan sahaja diri kita sendiri, tapi tanggungjawab lebih besar adalah untuk membangunkan masyarakat yang lebih baik daripada masyarakat yang ada pada hari ini.

Selain mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya untuk menyambung pelajaran di UTM, beliau berharap perkongsian tersebut dapat menyuntik semangat semua pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan yang cemerlang. 

Pelbagai respon dan soalan juga telah dilontarkan oleh pelajar baharu sepanjang sesi berkenaan yang juga dihadiri oleh hampir semua pelajar.

Explore More