Tabung Endowmen Pejabat TNCPI KL Agih Bantuan Tunai Kepada Pelajar Menerusi Peruntukan NGO

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Siswa Jaya UTM Kuala Lumpur telah melaksanakan sebuah program berbentuk khidmat masyarakat dalam memberi bantuan tunai kepada pelajar UTM yang terpilih.

Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bangladesh Forum Association (MBFA),  sebuah NGO yang bertapak di Kuala Lumpur.

Keseluruhan dana yang berjumlah sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) ini telah diagih secara tunai, dan ianya telah memberi menfaat kepada seramai 20 orang pelajar yang terpilih.

Bantuan secara  ‘one off’ ini bertujuan untuk meringankan beban sara hidup dalam kalangan pelajar UTM Kampus Kuala Lumpur.

Peruntukan tersebut telah disalurkan menerusi Tabung Endowmen Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur.

Sebuah majlis simbolik penyerahan bantuan kewangan ini telah diadakan  secara ringkas di Pejabat Pentadbiran Kolej Siswa  Jaya (KSJ).

Turut sama hadir sewaktu sesi penyerahan ini adalah Prof. Madya Dr. Sheikh Ahmad Zaki Bin Shaikh Salim, Pengarah Pentadbiran Pejabat TNCPI Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin Bin Haji Abu, Pengetua  Koleh Siswa Jaya, beberapa pegawai kanan dari Pejabat TNCPI Kuala Lumpur, serta seramai lima (5) orang pelajar penerima bantuan tersebut.

Tabung Endowmen Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Kuala Lumpur berfungsi bukan sahaja ke arah aktiviti penyelidikan dan inovasi, namun ianya juga diharap dapat digunakan sebagai platfom dalam membantu kearah kesejahteraan masyarakat sekitar.