Disember 22, 2024

JOHOR BAHRU, 15 Okt. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mulai menerima kemasukan 6,000 pelajar bagi semester 1, sesi 2021/2022 secara fizikal di kedua-dua kampus, hari ini.

Bagi kemasukan untuk fasa 1 bermula 15 hingga 18 Oktober ini, 856 pelajar dari Kampus Johor Bahru dan 92 orang pelajar dari kampus Kuala Lumpur dijangka masuk secara fizikal dan mendaftar di kolej kediaman masing-masing.

NUR Fathen Amirah Kosmani, pelajar Fakulti Kejuruteraan gigih menaiki motosikal dari Batu Pahat.

Pelajar yang masuk ke kampus untuk fasa 1 ini rata-rata dari pelbagai negeri termasuk Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan ada juga dari Sabah dan Sarawak.

Saringan kesihatan di Pintu Masuk UTM

Proses kemasukan pelajar dilakukan dalam beberapa fasa dengan syarat telah lengkap vaksinasi, mendapat kelulusan universiti dan daripada kumpulan pelajar yang berkeperluan.

Bagi kemasukan tersebut, pelajar perlu menunjukkan surat kelulusan memasuki kampus sebelum menjalani prosedur saringan kesihatan iaitu pemeriksaan suhu badan, imbasan MySejahtera dan imbasan QR Code Masuk Kampus.

Bermula di Rumah Alumni di Kampus Johor Bahru atau Astaka KSJ di kampus UTM Kuala Lumpur, pelajar perlu menjalani ujian saringan kendiri RTK-Antigen Saliva secara pandu lalu sebelum dibenarkan ke kolej kediaman masing-masing.

Petugas pelajar membantu pelajar semasa sesi penilaian kendiri RTK di Dataran UTM
Pelajar menjalani RTK secara pandu lalu

Setelah pelajar medapat keputusan Pusat Isolasi dan Kuarantin turut disediakan sebagai lokasi menempatkan pelajar yang dikesan positif Covid-19 atau bergejala.

Keputusan RTK akan dinilai dan disahkan oleh pegawai perubatan Pusat Kesihatan UTM

Jika keputusan ujian itu didapati negatif mereka boleh terus ke asrama namun sekiranya positif, mereka perlu ke Pusat Isolasi dan Kuarantin yang telah disediakan oleh pihak universiti.

Adriana Sofea binti Ali Muzammil semasa pendaftaran di Kolej Tun Fatimah, UTM

Pelajar yang selebihnya akan kembali ke kampus untuk fasa 2 bermula 25 hingga 28 Oktober, dan fasa 3 bermula 8 hingga 11 November.

Kesemua pelajar yang dibenarkan masuk telah mendapat kelulusan universiti serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, UTM turut telah bersedia untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran ( PdP) secara hibrid.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, antaranya telah mentransformasi salah sebuah bilik kuliah biasa kepada bilik kuliah khas untuk pembelajaran secara hibrid.

Bilik kuliah tersebut telah dilengkapi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti QR Code untuk MySejahtera, kerusi disusun dengan mengambil kira penjarakan sosial, pengimbas suhu dan sanitasi.

Justeru ibu bapa serta pelajar tidak perlu risau akan penularan wabak Covid-19 kerana UTM akan memastikan segala urusan pergerakan adalah menepati SOP.

Explore More