April 26, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 18 Okt – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah menerima kunjungan mesra dari Tuan Yang Terutama, Oka Hiroshi, Duta Kerajaan Jepun ke Malaysia dalam siri lawatan beliau ke Negeri Johor.

Kunjungan mesra singkat ini adalah bagi berjumpa dengan Pemenang Anugerah Kepujian Kementerian Luar Negeri Jepun dari FSSH iaitu Prof Madya Kumaraguru A/L Ramayah.

Pada kesempatan kunjungan tersebut, TYT Oka Hiroshi juga berpelung untuk melihat dan dengar tentang program Bahasa Jepun yang dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan keunikannya yang banyak membantu graduan UTM untuk bekerja di negara matahari terbit tersebut.

Selain itu, beliau begitu teruja dengan kejayaan UTM dalam melahirkan sendiri tenaga pengajar Bahasa Jepun yang mana sewajarnya dicontohi oleh IPTA dan IPTS lain di Malaysia, selain kejayaan FSSH melalui Akademi Bahasa yang telah berjaya menjalin kerjasama aktif dengan pelbagai universiti dan organisasi di Jepun.

Dalam kunjungan tersebut juga TYT Duta Jepun berharap untuk mengadakan kerjasama erat bersama UTM dalam pelan perancangan Kerjasama dengan FSSH yang melibatkan pelajar UTM dalam program ulangtahun ke-40 Program Dasar Pandang Ke Timur yang akan diraikan pada 2022.

Beliau berharap UTM akan menjadi sebahagian dari jaringan kerjasama kedutaan dan persatuan-persatuan alumni Jepun supaya pelajar UTM yang lainnya  mendapat manfaat secara bersama dari program yang akan dirancang tersebut.

Di peringkat FSSH, Dekan, Y. Brs. Prof Dr Zaidatun Tasir, telah berkongsi beberapa  rahsia kejayaan program Bahasa Jepun yang dilaksanakan di Akademi Bahasa walaupun UTM tidak mempunyai fakulti Bahasa Jepun atau pengajian Bahasa Jepun secara khusus.

Selain itu, kejayaan FSSH menjadi salah satu pusat peperiksaan bagi Japanese Language Proficiency Test (JLPT) akan diteruskan pada tahun 2022 selepas tertangguh selama dua (2) tahun kerana pandemik Covid 19.

Diharapkan dengan kunjungan mersa singkat ini, Kerjasama pihak UTM melalui FSSH dengan pihak Kedutaan Jepun akan lebih berkembang lagi pada masa depan.

Disediakan:

Khairull Azmi Bin Ishak

Timbalan Pendaftar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

19 Okt 2021

Explore More