April 27, 2024

Search
Close this search box.

JNTCHEP KL Anjur Aktiviti kepada Pelajar dan Staf UTM KL Sepanjang Oktober

KUALA LUMPUR, 22 Okt. — Jentera kerja Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Kuala Lumpur telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik berteraskan kebajikan, aktiviti pelajar dan sukan sepanjang bulan Oktober bersama warga UTM Kuala Lumpur.

Aktiviti dimulakan dengan aktiviti sukan, Sportrec Fiesta 2021 yang bermula dari 15 September hingga 7 Oktober 2021. Majlis Perasmian Penutupan dan Pengumuman Pemenang telah diadakan secara dalam talian webex dengan kehadiran peserta dan pemenang.

Aktiviti yang telah dipertandingkan ialah Hari Malaysia virtual run, Virtual Fitness Challenges (jumping rope), Merdeka E-Sport Tournament serta aktiviti mingguan senaman Jom Sihat.

Hadiah bagi semua pemenang berupa wang tunai (yang telah dikreditkan ke akaun pemenang), Tshirt dan penutup muka Sportrec Fiesta. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua staff dan pelajar.

Kerjasama dari penganjur iaitu UTMSpace, UTM holding, Persatuan Kakitangan Akademik, Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) dan Institut Kebisingan dan Getaran (IKG).

Poster Digital Majlis Persamian & Penutup Sportrec Fiesta

Seterusnya program kebajikan iaitu bantuan makanan percuma kepada pelajar dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula 5hb Okotber (Setiap hari selasa, selama 6 bulan) telah diadakan di  UTM Kuala Lumpur.

Sebanyak 150 bungkusan telah ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi meringankan beban pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur. Agihan makanan tersebut meliputi Kolej Siswa Jaya dan Residensi UTM KL. Bantuan tersebut adalah inisiatif terbaharu MAIWP bagi membantu usahawan asnaf mengagihkan makanan kepada komuniti B40 sekitar Kawasan Kuala Lumpur.

Lokasi agihan di Pejabat HEP, Kolej Siswa Jaya dan Residensi UTMKL
Bersama Pengarah HEP UTMKL
agihan kepada pelajar yang tinggal di Residensi UTM

Program diteruskan dengan aktiviti pelajar iaitu Minggu Mesra Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda yang sekali lagi diadakan secara dalam talian pada 14 Oktober 2021.

Program yang diberi singkatan 3M ini telah dibantu seramai 20 pelajar yang melalui ujian kit kendiri sebelum dibenarkan memasuki kampus. Pelbagai aktiviti diadakan bagi membantu pelajar yang mendaftar secara dalam talian.

Antaranya ialah perkongsian pengalaman tentang pembelajaran dalam talian dan pengalaman menjalani pelatih di Syarikat cari gali terkemuka. Malaysia Japan International Technologies (MJIIT) dan Fakulti Teknologi Informatik Razak (FTIR) merupakan fakulti yang terlibat secara langsung bagi sesi bersama Dekan dan sesi bersama keluarga pelajar pada hari kedua.

Explore More