Jabatan Canseleri Raikan Kecemerlangan Staf Bagi Tahun 2020

JOHOR BAHRU, 21 Okt. — Jabatan Canseleri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah meraikan staf dalam majlis Anugerah Pesona Gemilang dengan meriah walaupun hanya melalui platform dalam talian, Zoom.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pentadbiran Canseleri, Encik Jaffrey bin Samsul Bahrin dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail.

Encik Jaffrey bin Samsul Bahrin

Dalam ucapan beliau, Datuk Fauzi merakamkan penghargaan kepada semua ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis walau tanpa bersua muka.

“Jabatan Canseleri terdiri daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan fungsi dan saya percaya setiap warganya sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam menyelesaikan tugasan yang sangat penting.

Kejayaan Canseleri adalah terletak di atas bahu setiap staf dan hasil kerjasama atau sinergi bersama dalam perkhidmatan masing-masing, ” kata beliau.

Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail ‘sporting’ mengenakan ‘mask zorro’

Beliau berharap warga Canseleri atau mesra disapa ‘Canselerian’ akan sentiasa teguh dengan jati diri dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada warga UTM.

Tambah beliau, pembudayaan ISES iaitu Integrity, Synergy, Excellence dan Sustainability perlu dijadikan ‘soul’ dalam setiap Canselerian agar dapat menjayakan setiap yang diimpikan.

Bertemakan ‘Masquarade’, majlis yang julung kalinya diadakan tersebut meraikan seramai 202 orang staf Canseleri atas pencapaian dan perkhidmatan cemerlang mereka bagi tahun 2020.

Program tersebut merupakan anjuran bersama semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Canseleri iaitu Pejabat Naib Canselor, Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat, UTM International, Pejabat Pelestarian Kampus, Unit Audit Dalam, Pusat Islam, Unit Undang-Undang, Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko dan Majlis Profesor.

Majlis tersebut turut memberikan penghargaan kepada beberapa PTJ dan individu yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui beberapa anugerah.

Antara paparan warga Canseleri yang hadir secara dalam talian.

Bagi anugerah paling berprestij iaitu Anugerah Pesona Gemilang, UTM International telah dinobatkan sebagai Juara manakala Naib Juara ialah Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRIM) .

185 orang staf telah diberikan Anugerah Cemerlang manakala 20 orang staf juga telah mendapat Anugerah Gemilang atas usaha dan pencapaian yang baik sepanjang tahun 2020.

Senarai Anugerah Majlis Pesona Gemilang Canseleri 2021 :

Anugerah Canselerian : PROF. DR. NOR HANIZA BINTI SARMIN

Anugerah Sukan (Olahragawan) : ENCIK MUHAMMAD IRHAM SAUTI BIN ISHAK

Anugerah Sukan (Olahragawati) : PUAN SUZILIYANA BINTI PUNGUT

Anugerah Kepimpinan : PROF. MADYA DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH

Anugerah Khidmat Masyarakat : ENCIK MOHAMAD REDHA BIN MD DALI

King of the Evening :

Queen of the Evening :

Light Bulb Award : PUAN PUNITHAVALLI A/P MARIMUTHU

Healthy Lifestyle Award : PUAN NOR AZLINDA BINTI JASRUNI

Light Bone Award :

  1. ENCIK MARI SURENDRAN A/L SANDRAN
  2. ENCIK AHMAD FADZLI BIN RODI
  3. ENCIK MUHAMMAD ISKANDAR BIN DZOLKARNAIN

Most Popular Award (Male) : PROF. MADYA DR. MOHD ARIFFIN BIN ABU HASSAN
Most Popular Award (Female) : SITI NORHANA BINTI MISWAN

Best Performance (Team) : PEJABAT STRATEGI DAN HAL EHWAL KORPORAT
Best Performer (Male) : ENCIK AIDIL HANAFI BIN SHAMSUL AKMAL
Best Performer (Female) : SITI NORHANA BINTI MISWAN

Majlis tersebut turut memberikan cabutan bertuah yang dikelolakan oleh Pusat Islam di mana setiap hadiah merupakan sumbangan bersama warga Canseleri.

Cenderahati atau door gift kepada semua warga Canseleri yang telah disediakan oleh Pusat Pelestarian Kampus UTM

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Pesona Gemilang dan tahniah kepada semua pemenang.

Penutupan Sementara Portal News UTM

Untuk makluman, penghantaran artikel atau berita baharu ke portal news.utm.my akan ditutup sementara bermula 15 Disember hingga 31 Disember untuk tujuan editorial akhir dan pelarasan berita 2021.

Oleh itu untuk tujuan penghantaran artikel/berita, dimohon untuk memuat naik selewat-lewatnya 14 Disember 2021. Artikel / Berita yang dihantar selepas tarikh tersebut akan diterbitkan pada tahun 2022 setelah selesai proses editorial akhir dan pelarasan berita.

Sekian untuk makluman