April 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 30 Sept – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (FSSKUTM) telah menganjurkan satu program khusus bagi meraikan dan menghargai bakat staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) fakulti berkenaan.

Program yang dikenali sebagai FSSHeart Talent Convention 2021 (FTC2021) ini diadakan selaras dengan selaras pelan ‘FSSH Inclusive Talent Plan’ atau FIT khusus untuk staf PPP fakulti itu yang telah digubal pada tahun awal 2020.

Pengerusi FTC2021, Khairull Azmi Ishak berkata bermula dengan majlis peramsian oleh Y.Bhg Pendaftar UTM, Abdul Razib Shahuddin pada 12 September 2021 pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjurkan dan dibuka bukan saja kepada staf PPP FSSH saja tetapi juga terbuka kepada staf kategori sama dari seluruh UTM.

“Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah seperti Bicara Pentadbir 1 dan 2, Program HPD-ISESS FSSH, Sesi Edisi Khas Program Kerohanian, Program Perkongsian Staf PPP FSSH dan Program Santai Ilmu Staf PPP FSSH.

Istimewanya program-program edisi khas ini menampilkan kesemuanya panel dari kalangan staf akademik FSSH yang pernah berkhidmat sebagai kakitangan PPP sebelum ini,” katanya.

Tujuannya ialah bagi memberikan semangat dan motivasi kepada semua staf PPP untuk senantiasa bersedia meningkatkan ilmu dan kerjaya masing-masing kerana tiada yang terlewat untuk berjaya dalam segala lapangan yang diceburi.

Selain itu juga, bagi tujuan menguji bakat dan ilmu pengetahuan staf PPP semua, terdapat enam (6) peraduan dan pertandingan yang telah dianjurkan oleh enam (6) cabang FSSHeart iaitu FSSH Talent – Hunt Your Talent, Oh mY English – ISESS HEART: Express Your Self, FSSH Mind – Cabaran Penyuntingan dan Fotografi Kreatif, FSSH Well Being – Mental Health Awareness Poster Competition, FSSHealth – 1 minute Malaysia Day Jump Rope Challenge dan FSSH Spritual – Perujian Tilawah AL-Quran.

Kemuncak kepada FTC2021 ini ialah pencalonan dan pengumuman pemenang bagi empat (4) anugerah utama kepada staf PPP FSSH yang telah menonjolkan, mengasah dan mengembangkan bakat masing-masing.

Empat (4) anugerah tersebut ialah Anugerah Pembaca Berita Linenews@humanities FSSH Terbaik, Anugerah Moderator FSSH Terbaik, Anugerah Perkongsian Ilmu FSSH Terbaik dan Anugerah Panel Santai Ilmu FSSH Terbaik.

Kesemua pemenang peraduan dan pertandingan serta anugerah khas peringkat FSSH ini telah diumumkan secara rasminya di majlis penutupan FTC2021 pada 30hb September 2021 yang telah dirasmikan penutupannya Prof. Dr Zaidatun Tasir, Dekan FSSH.

“Semoga dengan pelbagai program, anugerah berserta peraduan dan pertandingan yang telah dianjurkan ini, FSSH mengharapkan semua staf PPP FSSH akan terus berkeyakinan untuk menyumbang kepada fakulti melalui pengasahan dan pengembangan bakat masing-masing di pelbagai platform yang telah disediakan oleh pihak pengurusan FSSH. “Selain dengan itu juga, adalah diharapkan dengan pelbagai penghargaan ini motivasi dan semangat staf PPP akan lebih meningkat dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja dan tugasan masing-masing pada tahun-tahun mendatang,” katanya mengakhiri perbualan

FSSH Inclusive Talent Plan
Antara program yang dijalankan bagi mengisi FTC 2021

Explore More