November 22, 2024

Search
Close this search box.

Modul Sains Komputer Menggunakan Pendekatan ‘Inquiry-Based Science Education (IBSE)

Anjuran Kumpulan Penyelidikan HuCKM, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, ISTIC dan Pusat STEM, KPM

Kumpulan penyelidikan Human Capital and Knowledge Management (HuCKM), Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Bengkel 1,2,3..Code! selama lima hari pada 23-27 Ogos 2021.

Bengkel ini merupakan penerusan kepada Bengkel Latihan Pendidikan Sains Komputer Untuk Tenaga Pengajar Utama menggunakan pendekatan ‘Inquiry-Based Science Education (IBSE) yang telah berlangsung pada 19 April 2021 hingga 23 April 2021,

Ketua Projek, Prof. Madya Ts. Dr. Maslin Bte Masrom berkata, untuk kali ini, Guru Pengajar Utama telah melaksanakan modul Sains Komputer ini kepada 43 guru terpilih di peringkat zon Tengah dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan menggunakan platform dalam talian.

“Bengkel ini dianjurkan secara bersama dengan Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa untuk Kerjasama Selatan – Selatan di bawah naungan UNESCO (ISTIC).

Objektif utama bengkel ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran tentang Sains Komputer melalui aktiviti ‘unplugged’ dan ‘plugged’ kepada guru-guru Zon Tengah di mana mereka akan mengaplikasikannya ke dalam aktiviti pedagogi di sekolah,”kata beliau.

Menurut beliau, pendekatan pendidikan ‘Sains Komputer’ terkini boleh dilaksanakan melalui dua pendekatan iaitu ‘unplugged’ yang mana komputer tidak perlu digunakan di mana ianya diganti dengan bahan bantuan mengajar dan juga secara ‘plugged’ yang menggunakan komputer dan perisian.

Pendekatan ini memberikan penekanan kepada 4 asas utama pengaturcaraan yang terdiri daripada algoritma, bahasa pengaturcaraan, mesin dan informasi. 







Bengkel ini juga memberikan penekanan kepada pedagogi berasaskan inkuiri (Inquiry-Based Science Education atau IBSE) di mana aktiviti diutamakan berbanding konsep.

Ianya berasaskan buku panduan ‘1, 2, 3…Code! Teaching Computer Science at Primary School and Middle School’ yang dibangunkan oleh La main à la pate Fondation” untuk kelas di Perancis.

Guru-guru didedahkan dengan projek di dalam bilik darjah seperti aktiviti ‘unplugged’ dan ‘plugged’ yang membolehkan guru memberi tumpuan kepada konsep binary, algoritma, pengaturcaraan Scratch dan robotik.

Sebanyak 4 modul telah dibentangkan dalam bengkel tersebut, iaitu

Modul 1:  Pengenalan kepada konsep IBSE dan Pemikiran Komputan (Computational Thinking)

Modul 2:  Pengaturcaraan menggunakan Bahasa ‘Unplugged Activity’ – Algoritma & 

                 Bahasa, Cryptography & Shortest Route Problem

Modul 3:  Block Coding Scratch

Modul 4:  Robotik -Tiny: bit dan Vex

Pada akhir program ini, pembentangan projek Digital Maker dibentangkan oleh para peserta dengan penilaian bagi menilai pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru peringkat Zon Tengah.

Bengkel telah dirasmikan oleh Professor Datuk Dr Halimaton binti Hamdan, Pengerusi Lembaga Tadbir ISTIC dan turut hadir ialah Ketua Pusat STEM Negara, Kementerian Pendidikan, Dr Ihsan bin Ismail dan Pengarah ISTIC, Puan Tengku Sharizad binti Tengku Dahlan.

Explore More