April 25, 2024

Search
Close this search box.

Anjur INACIX 2021 & Konvensyen Alumni Antarabangsa Buat Julung Kali, UTM Tarik 250 Alumni Dari Pelbagai Industri

JOHOR BAHRU, 20 Sept. – UTMAlumni buat pertama kalinya menganjurkan Konvensyen Antarabangsa Alumni dan Pertandingan Inovasi (INACIX) 2021 secara dalam talian pada 18 September dan 20 September dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan beberapa universiti awam (UA) lain di bawah Jaringan Industri dan Masyarakat (JIM) Majlis Alumni UA.

Program selama dua hari bertemakan ‘Alumni Catalyst for the Future of the Nation‘ ini telah menarik penyertaan seramai 250 peserta dengan 15 pembentangan kertas kerja dan 40 penyertaan inovasi.

Ini adalah merupakan kali pertama UTMAlumni menganjurkan konvensyen melibatkan alumni di peringkat antarabangsa serta pertandingan inovasi yang turut melibatkan penyertaan alumni dari pelbagai industri.

Selain pembentangan kertas kerja dan pertandingan inovasi, INACIX 2021 turut penyediakan platform bagi program-program webinar melibatkan komuniti hijau dan juga sesi ucaptama dan sesi forum dengan penglibatan daripada alumni daripada pelbagai bidang dan latar belakang akademik.

INACIX 2021 merupakan platform bagi para alumni untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan pengetahuan terkini yang disumbangkan alumni kepada komuniti.

Sesi perasmian INACIX 2021 ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail.

Semasa perasmian INACIX 2021 ini juga turut dilancarkan Global Chapter Nigeria yang merupakan kumpulan alumni antarabangsa UTM daripada Nigeria.

Konvensyen INACIX 2021 ini turut dianjurkan secara bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Disediakan oleh: 

Unit UTMAlumni

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Explore More