April 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 14 Oktober –  Seramai 371 orang staf Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (FSSKUTM) telah diiktiraf sepenuhnya di Majlis Apresiasi FSSH (MAFSSH 2021) yang dijalankan secara dalam talian.

Majlis yang berlangsung pada 7 Oktober 2021 itu telah diadakan dengan matlamat meraikan pencapaian kakitangan akademik dan juga Pengurusan, Profesional dan Pelaksana (PPP) yang cemerlang bagi tahun penilaian 2020.

Penyelaras Program MAFSSH 2021, Khairull Azmi Ishak berkata FSSH telah berjaya dengan cemerlangnya pada tahun 2020 yang lepas.

“Kejayaan ini telah terbukti apabila FSSH telah diberikan pengiktirafan tertinggi dalam pengurusan akademik iaitu Anugerah Kualiti Akaemik (AKA) bagi tahun 2020 di dalam Majlis Citra Karisma UTM 2021 yang berlangsung pada 24 September lepas.

“Bagi tahun ini, FSSH telah memberikan sebanyak 29 jenis penghargaan dan anugerah kepada 89 orang penerima manakala seramai 215 orang kakitangan akademik dan PPP telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),” katanya.

Menurut Khairull lagi, anugerah dan penghargaan MAFSSH 2021 ini telah dibagikan kepada tiga kategori iaitu Anugerah Akademik, Anugerah Penyelidikan & Inovasi dan Anugerah Khas FSSH.

“Kategori anugerah akademik terdiri dari Anugerah Pengajaran, Anugerah Penasihat Akademik, Anugerah Penyeliaan, Anugerah Kualiti Program Akademik (Kategori Pra-Siswazah & Pasca-Siswazah) dan Anugerah Penyelaras Program Terbaik (Pra-Siswazah dan Pasca-Siswazah).

“Bagi anugerah penyelidikan & Inovasi pula antara anugerah yang telah disediakan ialah Anugerah Penyelidikan, Anugerah Perundingan, Anugerah Inovasi dan Komersialisasi, Anugerah Keterlibatan Industri, Anugerah Karya Asli (Kategori Karya Buku Asli, Kategori Buku Suntingan, Kategori Karya Popular dan Kategori Penulis Prolifik), Anugerah Penulis Dalam Jurnal Berindeks, Anugerah Penyelidik Bersitasi Tinggi, Anugerah Makalah Bersitasi Tinggi dan Anugerah Kumpulan Penyelidikan Terbaik,” katanya.

Bagi anugerah khas FSSH 2022 pula terdapat sembilan anugerah yang telah disediakan iaitu Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Inovasi Kerja Berkumpulan (Staf PPP), Anugerah Sukan (Kategori Pencapaian Sukan, Kepimpinan Sukan & Gaya Hidup Sihat), Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Webometrik (Individu), Anugerah Penghargaan Staf Pinjaman Luar dan Anugerah Perkhidmatan Staf PPP (Gred N, Gred J, F dan B & Gred DV, C, H, dan G).

“Pihak pengurusan FSSH juga telah bersetuju memperkenalkan dua anugerah baru iaitu Anugerah Jasa Mu Dikenang dan Anugerah Ikon ISESS (Staf PPP & Staf Akademik).

Bagi Anugerah Jasa Mu Dikenang, pihak FSSH telah bersetuju untuk memberikan kepada tiga pemenang bagi tahun 2021 iaitu Prof Selamat Hashim, Prof Dr Salleh Abu dan Aziz Ishak manakala bagi anugerah yang julung-julung kali diadakan iaitu Anugerah Ikon ISESS 2020.

Anugerah Ikon ISESS 2020 ini telah diberikan kepada Prof. Dr Mohd Sukri Saud (kategori akademik) dan Idawati Ramli bagi kategori PPP,”katanya lagi.

Anugerah Ikon ISES
Anugerah Ikon ISES (kategori Bukan Akademik)
Anugerah Jasamu Dikenang
Anugerah Khidmat Masyarakat
Anugerah Penasihat Akademik
Anugerah Penyelidik Bersitasi Tinggi
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Explore More