April 27, 2024

Search
Close this search box.

Webinar Perkongsian Ilmiah Sains Sukan UTM 2021 Perkenal Sisi Cemerlang Pakar Sains Sukan UTM

Pelan Strategik Penganjuran Webinar Perkongsian Ilmiah Sains Sukan UTM 2021 adalah seperti kata bidalan, ‘Setiap Bunga adalah Jiwa yang Mekar di Alam.’

Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan UTM telah melaksanakan Webinar Perkongsian Ilmiah Sains Sukan UTM 2021 yang telah berlangsung dari 19 September  2021 hingga 24 September 2021. 

Program Webinar Perkongsian Ilmiah yang mengandungi 6 Siri tersebut adalah kesinambungan program Webinar Pakar Sains Sukan UTM 2021.

Projek Webinar ini terbahagi kepada 3 fasa utama, fasa pertama adalah sesi memperkenalkan pakar bidang Sains Sukan di UTM ke seluruh Malaysia, kemudian fasa kedua pula adalah perkongsian ilmu Sains Sukan kepada Masyarakat Umum dan Fasa Ketiga ialah merupakan fasa terakhir di mana perancangan kursus dan bengkel sains sukan yang spesifik dan berbayar.

Bayaran yuran yang akan dikutip adalah merupakan salah satu inisiatif kelab pelajar iaitu Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan menjana pendapatan kelab melalui pengurusan acara sukan.

Penganjuran Webinar Perkongsian Ilmiah Sains Sukan ini adalah inisiatif perkongsian ilmu sains sukan yang diadakan secara dalam talian bersama pelajar, staf dan juga orang awam untuk mengetahui maklumat yang betul dan tepat. Para penonton yang dijemput adalah dari kalangan pemain utama industri sukan seperti jurulatih, atlet dan pengurusan sukan untuk berinteraksi terus bersama pakar bidang.

Setiap siri dikendalikan oleh moderator yang berbeza, yang juga merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah dilatih untuk belajar bertugas sebagai moderator bagi sesi webinar ini.

Webinar  yang berlangsung selama dua jam bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 pagi telah telah dibarisi oleh enam orang  panel dengan enam tajuk yang berbeza untuk setiap siri berdasarkan kemahiran dalam bidang masing-masing. Setiap siri mempunyai keunikan yang berbeza kerana setiap panel mempunyai kepakaran masing masing dalam bidang sukan.

Untu siri pertama , pada 19 September 2021 tajuk “Kesepaduan Sukan” diberi penerangan oleh Dr.Muhamad Hafiz Bin Ismail Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Dan Kemanusiaan Sekolah Pendidikan. Cik Siti Nor Nadzirah Binti Suhaime merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada siri 1. Dalam sesi webinar siri 1 ini, Dr Hafiz berkongsi tentang kesepaduan pasukan merupakan satu proses yang dinamik bagi mencapai matlamat dan objektif pasukan. Seterusnya,pembentukan sebuah pasukan yang bersepadu memerlukan satu proses yang terancang dan bermatlamat.

Beliau meneruskan lagi dengan berkongsi fasa pembentukan kesepaduan pasukan yang terdiri daripada fasa pembentukan,fasa pertelagahan, fasa pembentukan norma dan fasa prestasi.Semua fasa ini harus dilalui oleh setiap pasukan dalam pembentukan pasukan dan kemudian menjadi sebuah pasukan yang matang dan berjaya.

Siri kedua diadakan, pada 20 September 2021, Dr. Hafizah Harun yang merupakan Alumni Pensyarah Sains Sukan UTM telah membuat perkongsian dengan tajuk “Inovasi Gim Di Rumah”. 

Cik Siti Nor Nadzirah Binti Suhaime merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada kali ini.Beliau memulakan perkongsian dengan memberikan definisi Home Gim dan diteruskan dengan facilities dan equipment home gym. Dalam sesi ini, Dr Hafizah menerangkan kesan new normal kerana Covid19 terhadap aktiviti fizikal yang banyak terganggu. Inovasi perlu dilakukan atau diterapkan dengan membentuk satu idea baru atau dari perspektif yang berbeza. Seperti ampaian di dalam rumah yang boleh dijadikan aktiviti senaman mendagu.

Pelbagai latihan mudah yang boleh dikaitkan dengan aktiviti harian yang dilakukan di rumah telah dikongsi oleh beliau. Dr.Hafizah menyeru kepada semua supaya sentiasa keep moving stay healthy and fit dan our home is our gym

Untuk siri ketiga telah dijalankan pada 21 September 2021dengan tajuk (ELITE GOLFER VS SOCIAL GOLFER) Tn.Rizam Bin Rahmat selaku PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KANAN UTM JB telah membuat perkongsian beliau. Tn. Visshnu Nair A/L Mathavan merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar siri 3. Tuan Rizam memperkenalkan dahulu apa itu golf  dan bila permainan golf ini mula diperkenalkan.

Perkongsian diteruskan dengan perbezaan antara ELITE GOLFER DAN SOCIAL GOLFER. ELITE GOLFER bermaksud pemain golf yang professional yang bermain tournament antarabangsa manakala social golfer merupakan pemain golf yang bermain golf sebagai hobi ataupun disebabkan minat dalam sukan ini.

TN RIZAM B RAHMAT, PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KANAN UTM JB

Siri keempat pula dijalankan pada 22 Setember 2021, Tn.Haji Armadi Bin Ahmad selaku PENGARAH UTM SPORT EXCELLENCE telah membuat perkongsian beliau berkenaan tajuk Pengurusan Sukan.Tuan Visshnu Nair A/L Mathavan merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar siri 4. Sebelum masuk kepada tajuk, Tn Hj Armadi telah memperkenalkan latar belakang beliau, pengalaman dan sumbangan beliau sebelum digelar sebagai Pengarah Sport Excellence UTM. Segala yang dikongsikan oleh beliau berkait rapat dengan pengurusan UTM sport excellence.Seterusnya beliau memberi nasihat dengan prinsip pengurusan sukan yang harus diamalkan oleh semua. Beliau patuh pada falsafah pengurusan sukan di mana sentiasa mematuhi arahan dan program yang dijalankan oleh top management.

TN HJ ARMADI B AHMAD, PENGARAH UTM SPORTS EXCELLENCE

Siri kelima telah  dijalankan pada 23 September 2021 bertajuk Asas Biomekanik Dalam Aktiviti Harian, Dr. Diyana Zulaika Binti Abdul Ghani Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Sekolah Pendidikan telah membuat perkongsian beliau. Tn. Visshnu Nair A/L Mathavan merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada siri kelima. Dr. Diyana mulakan perkongsian beliau dengan penerangan apa itu biomekanik dan pada hari ini Dr. Diyana juga telah fokuskan kepada ergonomik iaitu aktiviti harian. Ergo bermaksud kerja, nomos bermaksud peraturan dan menyesuaikan suasana persekitaraan. Topik ini adalah merupakan topik yang menarik dan penting.

Siri keenam dan juga merupakan siri terakhir sesi webinar kali ini, panel adalah merupakan Dr Syahrul Ridhwan B Morazuki iaitu Pensyarah Kanan Sains Sukan UTM. Topik yang dipilih beliau adalah melalui pemilihan tajuk yang spesifik. Beliau betul-betul mengambil masa untuk memilih tajuk yang sesuai untuk di kongsi secara terbuka kepada orang awam. Pemilihan tajuk ceramah beliau telah mendapat sambutan hangat dan sangat mengalakan.

Begitu banyak soalan yang telah di ajukan oleh para penonton kepada pakar bidang. Semoga program yang dianjurkan ini dapat menjawab segala persoalan yang terbuku di hati para penonton.

Secara Tuntasnya, Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan UTM adalah merupakan kelab yang kecil dan di uruskan oleh para pelajar. Kelab yang kecil dan di uruskan oleh para pelajar pasti banyak kelemahan yang ada. Walaupun, ia sebuah kelab yang baru dan kecil, akan tetapi usaha yang dilakukan oleh ahli kelab ini sangat besar kepada bidang sains sukan di Malaysia.Ia adalah satu usaha murni bagi memastikan bidang sains sukan tidak ketinggalan dan sebaris bidang professional yang lain.

Begitu banyak komen dan maklumbalas positif yang diterima daripada ahli sains sukan Malaysia. Walaupun terdapat kecaman, ia tidak akan mematahkan semangat ahli kelab untuk terus berbakti kepada bidang sains sukan dan akan terus menjalankan siri webinar yang pelbagai di masa akan datang. KSITS UTM sangat mengalu-alukan warga UTM dan masyarakat umum untuk menyertai program yang bermanfaat sebagai wadah untuk menambah kan ilmu pengetahuan. Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Kerana TUHAN untuk MANUSIA.

Butiran penuh webinar

Untuk maklumat penuh boleh didapati dari platform facebook  Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan UTM  di  https://web.facebook.com/Kelab-Sains-Inovasi-dan-Teknologi-Sukan

PENULIS PERTAMA :

VISSHNU NAIR

PELAJAR SAINS SUKAN UTM TAHUN 3

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UTM.

PENULIS KEDUA :

TS. DR. HADAFI FITRI MOHD LATIP

TIMBALAN PENGARAH PUSAT INOVASI TEKNOLOGI SUKAN UTM

FAKULTI KEJURUTERAAN UTM.

Hadafifitri@utm.my

Explore More