April 25, 2024

Search
Close this search box.

Berjaya buka mata, mendapat maklumbalas positif masyarakat umum dan mengalakkan pendaftaran pelajar baharu Sains Sukan UTM.

Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan Webinar 60min Bersama Pakar Sains Sukan UTM 2021.Webinar yang mengandungi 6 Siri ini telah berlangsung dari 6 September  2021 hingga 15 September 2021. Umum mengetahui UTM mempunyai bidang sains sukan, walaubagaimanapun tidak ramai yang mengenali siapa pensyarah sains sukan di UTM.  

Pensyarah-pensyarah program Sains Sukan UTM sebenarnya telah banyak memberi sumbangan dan menabur bakti di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri antaranya seperti International Sports Science Association, Akademi Kejurulatihan Kebangsaan ISN (Tenaga pengajar kursus sains sukan tahap 1,2 dan 3), Majlis Peperiksaan Malaysia ( Penggubal Soalan Sains Sukan STPM ), Majlis Sukan Negara ( Sesi Ceramah, Bengkel dan Kursus bersama Atlet dan Jurulatih ), Majlis Sukan Negeri (Pembangunan Atlet dan Program Sains Sukan), Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan ( Pembangun Buku Teks ) dan lain lain lagi.

Kesemua pihak tersebut merupakan pemain industri utama bidang sains sukan di Malaysia.

Webinar ini dijalankan atas usaha untuk memperkenalkan dan mengetengahkan pakar sains sukan UTM kepada masyarakat umum dan komuniti. Ia juga adalah satu usaha murni memberi maklumat yang tepat berkaitan bidang sains sukan kepada semua orang di luar sana dan meningkatkan kepercayaan orang awam bahawa bidang sains sukan juga merupakan satu bidang utama dan semua yang terlibat dalam bidang ini juga boleh berjaya seperti bidang professional yang lain.

Setiap siri dikendalikan oleh moderator yang berbeza yang merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) UTM yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM.  Mereka telah menjalani latihan industri selama 8 minggu, walaubagaimanapun atas faktor PKP, latihan industri hanya dijalankan sepenuhnya secara dalam talian di rumah.

Semua panel yang terlibat dalam webinar ini yang berlangsung selama satu jam bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi telah memulakan perkongsian dengan memperkenalkan diri  serba ringkas, tentang jawatan mereka. Seterusnya perkongsian diteruskan dengan latar belakang pendidikan, sukan yang mereka mahir, bagaimana boleh ada minat untuk menyertai bidang sains sukan dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan. Selain itu, semua panel juga berkongsi pendapat masing-masing tentang hala tuju sukan negara.

Untuk siri pertama, pada 6 September 2021 Dr.Muhamad Hafiz Bin Ismail Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Dan Kemanusiaan (Sekolah Pendidikan) telah membuat perkongsian. Cik Siti Nor Nadzirah Binti Suhaime merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada kali ini. 

Dr.Hafiz banyak berkongsi tentang kepakaran beliau dalam Talent ID iaitu mengenal pasti bakat terutama dalam sukan bola sepak dan juga sukan sukan yang lain. Melalui perkongsian pada sesi ini beliau juga  mengatakan bahawa sukan ini memberi satu karakter yang baik di mana ia membina jati diri.

Seterusnya siri kedua, pada 7 September 2021 Dr.Syahrul Ridwan Bin Morazuki Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Dan Kemanusiaan (Sekolah Pendidikan) telah membuat perkongsian. Cik Nurul Syahirah Binti Mohd Noor Halim Moon merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada kali ini.

Pada sesi webinar kali ini, Dr. Syahrul berkongsi tentang kepakaran beliau dalam sukan tenis dan juga dalam bidang nutrisi, fisiologi senam, coaching dan juga physical education. Dr Syahrul telah berjaya menjawab pelbagai soalan dan permasalahan yang ditanya oleh penonton terutama dalam nutrisi pemakanan sukan. Ia juga adalah merupakan topik hangat dalam bidang sains sukan.

Siri ketiga telah diadakan pada 8 September 2021, Prof Dr Mohad Anizu Bin Haji Mohd Nor kini merupakan Dekan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM Shah Alam sebagai speaker jemputan khas untuk membuat perkongsian beliau.

Cik Nurul Syahirah Binti Mohd Noor Halim Moon merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar ini.

Prof. Dr. Mohad Anizu adalah merupakan orang lama Sains Sukan UTM. Beliau seorang bapa yang penyayang dan pernah menjawat Pengerusi Majlis Pengetua UTM dan menjadi Pengetua Kolej Rahman Putra UTM. Pada zaman beliau, KRP UTM sering muncul juara sukan antara kolej UTM.

Beliau sentiasa menjaga kebajikan pelajar – pelajar dan memastikan pelajar semua sentiasa gembira belajar di Kolej UTM dan turut telah menaikkan nama bidang sains sukan UTM, kerana kerap kali berjaya muncul juara dalam perlawanan dan pertandingan sukan.

PROF. DR MOHAD ANIZU B HJ NOR (DEKAN FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI UITM SHAH ALAM)

Siri Empat pada 9 September 2021 telah diteruskan dengan perkongsian oleh Dr.Adjah Naqkiah Binti Mazlan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Dan Kemanusiaan Sekolah Pendidikan. Siti Nor Nadzirah Binti Suhaime merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada kali ini.

Beliau banyak berkongsi dengan kemahiran beliau dalam sukan memanah dan bagaimana Dr.Adjah telah terlibat dalam sukan memanah.Dalam perkongsian pada sesi hari ini, Dr juga mengatakan beliau juga berminat melaksanakan sukan-sukan lain lebih kepada latihan kecergasan fizikal dan kardiovaskular.

Seterusnya, Dr juga telah menceritakan pengalaman beliau sebagai  daripada pelajar sekolah sukan malaysia di bandar penawar sehingga berjaya menjadi pensyarah sains sukan utm. Tidak ramai pelajar Sekolah Sukan Malaysia yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat PhD dan berjaya menjadi Pensyarah Sains Sukan UTM. Beliau juga merupakan ikon Sekolah Sukan Malaysia.

Siri kelima telah diadakan pada 11 September 2021 Prof  Dr Abdul Hafidz Bin Haji Omar Professor Pelawat Universiti Islam Sultan Sharif Ali(UNISSA) sebagai speaker jemputan khas telah membuat perkongsian beliau. Tn Visshnu Nair A/L Mathavan merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada hari ini. 

Prof Dr Abdul Hafidz yang juga merupaka salah seorang pengasas sains sukan UTM banyak berkongsi tentang pengalaman beliau sepanjang berada di UTM dan sumbangan-sumbangan yamg telah dilakukan oleh beliau untuk menaikan nama sains sukan UTM. 

Prof Dr Abdul Hafidz boleh dikatakan BAPA SAINS SUKAN UTM, kerana banyak fasiliti dan kemudahan Sains Sukan di UTM seperti Outward Bound UTM, Pusat Inovasi Teknologi Sukan UTM, Makmal Kecergasan Sains Sukan UTM, Program Teknologi Rehabilitasi dan Sains Kesihatan UTM adalah merupakan hasil titik peluh dan perjuangan beliau sepanjang berkhidmat dalam UTM. Selain itu, Prof juga telah berkongsi pengalaman beliau di UNISSA dan juga perkembangan terkini yang sedang dilakukan oleh beliau.

PROF. DR. ABDUL HAFIDZ HJ OMAR ( PENGASAS SPORTS INNOVATION & TEKNOLOGI CENTRE UTM )

Siri keenam dan juga siri terakhir sesi webinar 60min bersama pakar sains sukan UTM 2021 telah berlangsung pada 15 September 2021. Dr.Diyana Binti Abdul Ghani  Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Dan Kemanusiaan Sekolah Pendidikan telah membuat perkongsian.Nurul Syahirah Binti Mohd Noor Halim Moon merupakan Pelajar latihan Industri di Sport Innovation & Technology Centre (SITC), Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) yang juga merupakan pelajar tahun 3 Sains Sukan UTM telah menjadi moderator bagi sesi webinar pada kali ini. 

Dr.Diyana juga telah berkongsi pendekatan yang digunakan oleh beliau dari aspek psikomotor dalam pengajaran beliau sepanjang musim pandemik. Dalam sesi ini juga Dr telah berkongsi kelebihan program sains sukan di UTM berbanding universiti lain. Dr Diyana adalah merupakan contoh yang baik kerana merupakan bekas pelajar matrikulasi ( Pelajar cemerlang ) akan tetapi yakin dan percaya untuk memilih bidang sains sukan UTM sebagai kerjaya.

Pada akhir sesi semua perkongsian webinar ini semua panel telah memberikan pandangan dan juga nasihat mereka kepada semua orang luar sana yang memandang remeh terhadap bidang Sains Sukan ini dan anggapan bidang Sains Sukan adalah bidang yang picisan dan tiada masa depan. 

Malahan ada yang berpendapat belajar bidang Sains Sukan adalah senang dan tidak susah seperti bidang lain kerana hanya main main sahaja seperti subjek renang, gimnastik, kecergasan fizikal dan lain lain. Secara Tuntasnya, pensyarah sains sukan UTM berjaya menerangkan kelebihan dan kebaikan bidang sains sukan dan memperkenalkan graduan-graduan bidang sains sukan yang telah berjaya diperingkat nasional.

Secara tidak langsung program sebegini berjaya membuka mata ramai pihak di mana pihak penganjur telah menerima pelbagai komen positif yang telah dijawab oleh para penonton. Ini juga menarik pelajar pelajar lepasan SPM untuk memilih bidang sains sukan sebagai salah satu pilihan utama untuk sambung pengajian di Universiti.

Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan UTM akan terus menjalankan siri seterusnya dan sangat mengalu-alukan warga UTM dan masyarakat di luar sana untuk menyertai program webinar sukan untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat. Akhir kata, siapa lagi yang akan memajukan bidang sains sukan di Malaysia sekiranya bukan di kalangan pelajar pelajar sains sukan dan pakar bidang ini. Niat program ini adalah untuk menjayakan dan memastikan bidang ini terus kekal seperti bidang yang lain dan berjaya. Semoga kewujudan bidang ini, berjaya melahirkan ramai golongan professional Sukan dan Rekreasi di Malaysia. Sekian Terima Kasih.

Butiran penuh webinar

Untuk maklumat penuh boleh didapati dari platform facebook  Kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan UTM  di  https://web.facebook.com/Kelab-Sains-Inovasi-dan-Teknologi-Sukan

PENULIS PERTAMA :

VISSHNU NAIR

PELAJAR SAINS SUKAN UTM TAHUN 3

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UTM.

PENULIS KEDUA :

TS. DR. HADAFI FITRI MOHD LATIP

TIMBALAN PENGARAH PUSAT INOVASI TEKNOLOGI SUKAN UTM

FAKULTI KEJURUTERAAN UTM.

Hadafifitri@utm.my

Explore More