November 5, 2024

Search
Close this search box.

Program Komuniti dalam Pencegahan Penyakit Demam Denggi dan Kawalan Nyamuk Aedes

Kumpulan penyelidik dari Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai aktiviti bersama komuniti setempat di Taman Damai Jaya, Skudai bersempena dengan Kempen Kebersihan Persekitaran Membasmi Aedes Di Kawasan Wabak / Hotspot Denggi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 9 September 2021 (Khamis) sekitar 9.00 pagi hingga tamat 11.00 pagi.


Kempen ini telah dijalankan dengan usahasama oleh pihak MBIP, En. Tambi Omar bin Latip (Ahli Majlis MBIP-Zon Taman Damai Jaya), PKD Johor Bahru (Unit Entomologi & Pest dan Unit Vektor MODCC IP), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor (Unit Entomologi & Pest), kumpulan penyelidik Sekolah Komputeran UTM dan komuniti setempat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Taman Damai Jaya Skudai.

Kempen ini mensasarkan penglibatan komuniti setempat dengan tujuan mengurangkan densiti vektor utama demam denggi iaitu nyamuk Aedes di lokaliti bekas wabak hotspot denggi di kawasan PBT terpilih bagi meminimumkan risiko jangkitan virus denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta meningkatkan kesedaran penduduk terhadap tahap kebersihan kawasan perumahan dan kawasan persekitaran.


AedesTech Mosquito Homes System (AMHS) adalah salah satu kaedah kawalan dan pencegahan penyakit demam denggi yang digunapakai pada masa kini. Pihak MBIP telah mengagihkan AMHS kepada komuniti setempat di lokaliti ini sebagai usaha dalam mengurangkan kepadatan nyamuk Aedes dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit bawaan nyamuk iaitu demam denggi.


Penglibatan kumpulan penyelidik Sekolah Komputeran UTM di dalam kempen ini merupakan kesinambungan kolaborasi bersama-sama pihak MBIP dan PKDJB dalam pencegahan wabak denggi dengan penggunaan teknologi aplikasi mudah alih yang dibangunkan.  Kumpulan penyelidik UTM telah membangunkan Aplikasi Pengawasan dan Ramalan Denggi-Entomologi (Dengue-Entomological Surveillance and Prediction @ DESaP ) berdasarkan keperluan yang digariskan oleh Unit Entomologi dan Pest dari PKDJB, Kementerian Kesihatan Malaysia (NMRR ID: NMRR- 16-2837-31417).

Aplikasi DESaP boleh digunakan oleh unit COMBI dan golongan masyarakat yang terlatih sebagai pengguna, semasa aktiviti survelan ovitrap semasa pengawasan denggi dan ramalan lokaliti pembiakan nyamuk Aedes.


Explore More