Mei 16, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 11 Sept. — Majlis Felow Merbauan (MAFAN) telah melaksanakan Program Induksi dan Pembentukan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) bagi sesi 2021/2022 secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex. Program ini melibatkan seramai 33 orang calon JKM KTHO.

Kesemua calon JKM KTHO telah melalui proses penilaian dengan diberikan tiga tugasan iaitu:

  1. Video pengenalan diri dan penyelesaian masalah krisis organisasi bagi menguji kemahiran berfikir secara kritikal calon JKM KTHO
  2. Video khas sempena sambutan kemerdekaan yang ke-64
  3. Sesi pembentangan cadangan program pasca pandemik ala UTM Top Bidder
Tugasan video pengenalan diri dan penyelesaian masalah krisis organisasi.
Video khas sambutan kemerdekaan ke-64 daripada calon JKM KTHO sesi 2021/2022.
Sesi pembentangan cadangan program pasca pandemik ala UTM Top Bidder.

Proses penilaian ini dirangka khusus untuk memantapkan kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritikal, kemahiran keusahawanan, kemahiran pengurusan maklumat, dan kemahiran bekerja sebagai satu pasukan terutama untuk calon-calon JKM KTHO yang seterusnya akan membentuk barisan JKM KTHO sesi 2021/2022.

Proses ini sememangnya penting dalam melahirkan barisan bakal pemimpin yang mampu membuat sesuatu keputusan dengan baik dan matang, terutama apabila berdepan dengan cabaran yang tidak menentu semasa proses perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti pembangunan pelajar.

Dr. Norahim bin Ibrahim, Pengetua KTHO telah merasmikan program ini pada sesi sebelah pagi. Beliau juga turut merasmikan majlis penutup dan pengumuman Mandat KTHO 2021/2022 pada sebelah malamnya. Dalam majlis pengumuman Mandat KTHO 2021/2022, barisan Majlis Tertinggi JKM KTHO sesi 2021/2022 yang telah dimuktamadkan terdiri daripada:

1) Pengerusi JKM: Ahmad Fawwaz Muzakkir bin Abd Patar
2) Timbalan Pengerusi JKM: Syamil Ayman bin Suhailan
3) Naib Pengerusi (Perhubungan): Muhammad Hakin bin Mohd Zain
4) Naib Pengerusi (Aktiviti): Nasreen Aina binti Mohamad Nasir
5) Setiausaha Agung: Nur Alyssa Najwa binti Tuah
6) Setiausaha Kerja: Aida Fathinah binti Zaidi
7) Bendahari Kehormat: Nur Diyanah binti Abd Rahman
8) Bendahari Kerja: Nurulain binti Azahar

Manakala, barisan Ketua Biro JKM KTHO sesi 2021/2022 yang telah dilantik terdiri daripada:

1) Ketua Biro Keselamatan dan Kesihatan: Lim Hong Xu
2) Ketua Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan: Syahmi Asyraf bin Md Silan
3) Ketua Biro Media dan Penerangan: Keshvine Raguraman
4) Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan: Mohd Ashraf Fahmi bin Mohd Nazri
5) Ketua Biro Pendidikan dan Penyelidikan: Thulasi Subramani
6) Ketua Biro Kerohanian dan Sosial: Muhammad Adam Luqman bin Razali
7) Ketua Biro Kelestarian dan Keusahawanan: Auni Diyana binti Hirzan Bazli

Sementara itu, baki 18 lagi calon ditempatkan di bawah biro-biro JKM mengikut kecenderungan kepimpinan masing-masing. Warga KTHO merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan JKM KTHO sesi 2021/2022 yang telah dilantik, di samping mengharapkan agar barisan JKM KTHO ini dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan pengurusan UTM khususnya Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) demi memastikan program pembangunan pelajar KTHO kekal cemerlang. Leadership is action, not position. Leaders become great not because of their power, but because of their ability to empower others. With great power comes great responsibility.

Disediakan oleh: Mohd Fadthul Ikmal Misnal

Explore More