Disember 13, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 5 OGOS — Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur sekali lagi bergerak aktif dalam usaha menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat UTMKL.

Usaha kali ini adalah bagi membantu komuniti sekitar kejiranan UTM KL serta Lembah Klang umumnya, yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1.

Oleh yang demikian, Tabung Prihatin Komuniti Covid-19 diwujudkan khas bagi tujuan ini dengan mensasarkan kepada seluruh warga UTM.

Ia juga turut dipanjangkan kepada semua rakan industri sama ada tempatan mahupun antarabangsa bagi memastikan agar program ini mencapai objektifnya seperti yang ditetapkan.

Namun begitu, apa yang uniknya tentang program ini adalah, ianya dikhususkan untuk membantu penerima sumbangan bagi menyelesaikan bil utiliti yang tertunggak seperti bil penggunaan air, bil tenaga elektrik serta bil penggunaan internet untuk keperluan PDPR anak-anak.

Operasi tabung khas ini dibuka sepanjang dua bulan bermula 5 Ogos 2021 hingga 5 Oktober 2021. Sumbangan kepada penerima akan mula disalurkan secara berperingkat sebaik sahaja tabung ini mula menerima sumbangannya.

Selain itu, pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) Kuala Lumpur juga bersama-sama melancar serta mengoperasikan kempen ini.

Sumbangan boleh dilakukan sama ada melalui aplikasi UTMSmart ataupun secara pindahan tunai ke akaun berikut:

Bank : RHB Islamic Bank Berhad,

Nombor Akaun : 2510 8500 0073 62,

Nama Akaun : Universiti Teknologi Malaysia,

Rujukan : KOMUNITI PRIHATIN

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan wakil program iaitu PM Ts. Dr. Sheikh Ahmad Zaki (019-7127678), Ts. Mohd Hazri Ishak (012-7926483), En Hairudin (016-2174971).

Explore More