Pengambilan Pelajar Secara Online, HEP UTM KL sedia Terima Pelajar Diploma dan Asasi Semester 1 2021/2022

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pengambilan pelajar Diploma dan Asasi Semester 1 2021/2022 yang bermula dari 28hb hingga 30hb Julai 2021 telah diadakan secara dalam talian (Online) melalui pautan Webex.

Sejumlah 271 pelajar Diploma telah mendaftar manakala pelajar program Asasi seramai 440 pelajar (termasuk pelajar antarabangsa).

Yang Berusaha Prof. Madya Ir. Dr Pauziah Mohamad menyampaikan ucapan penghargaan kepada krew

Seramai 20 pelajar telah dilantik HEP sebagai Krew bagi membantu Minggu Mesra Mahasiswa secara dalam talian tersebut.

Aktiviti dalam talian seperti Esport, dan penyediaan portal 3M yang memerlukan kreativiti pelajar dilakukan oleh Krew yang telah dipilih khas oleh HEP bagi membantu secara langsung Minggu Mesra Mahasiswa Diploma dan Asasi 2021/2022.

Ini bagi mengurangkan mahasiswa tersebut berasa bosan dan hilang fokus dengan acara-acara yang telah diaturkan oleh HEP sepanjang 3 hari program diadakan.

Program diadakan secara dalam talian webex

Minggu Mesra Mahasiswa Diploma & Asasi 2021/2022 secara dalam talian sebenarnya berbeza jika dibandingkan jika dilakukan secara fizikal.

Jika sebelum ini Minggu Mesra Mahasiswa diadakan secara fizikal, pihak Pejabat HEP dapat mengenali pelajar di antara satu sama lain.

Begitu juga pelajar. dapat berhubung secara langsung dengan rakan rakan baru mereka.

Komunikasi diantara pelajar juga terhad. Ini menyebabkan hubungan sesama meraka agak kurang mesra jika dibandingkan pertemuan mereka secara fizikal.

Ini satu cabaran baru yang perlu ditempuh bagi semua kakitangan HEP sepanjang pandemik Covid 19.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur telah membuat persediaan secara dalam talian di Dewan Banquet, Dewan Tan Sri Ainudin Wahid.

Tujuan persediaan fizikal staf HEP adalah bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang program berlangsung.

Persediaan teknikal dari staf HEP
Portal 3m juga turut digunakan bagi rujukan pelajar baru

Urusetia yang terlibat secara langsung dalam program rasmi Universiti ini termasuk UTM Digital, OSCA (Hal Ehwal Korporat), Pejabat Keselamatan, Perpustakaan Zultanah Zanariah, Pejabat Harta Bina dan Pusat Pengajian Diploma UTMSpace.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur telah membuat persediaan secara dalam talian di Dewan Banquet, Dewan Tan Sri Ainudin Wahid. Tujuan persediaan fizikal staf HEP adalah bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang program berlangsung.

Sila layari HEPTV di saluran Youtube