April 25, 2024

Search
Close this search box.

Konvensyen Pentadbir UTM 2021 Platform Tingkat Pengetahuan Asas Melalui Perkongsian Ilmu Dalam Kalangan Pentadbir

JOHOR BAHRU, 20 Ogos — Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS), dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2021 pada 20 dan 21 Ogos dengan objektif utamanya untuk meningkatkan pengetahuan asas melalui kepelbagaian perkongsian ilmu.

Konvensyen ini dianjurkan bersempena Hari Pentadbir Universiti Awam yang disambut pada 20 Ogos setiap tahun, dengan melibatkan penyertaan lebih daripada 200 orang staf PPP dari UTM.

Konvensyen Pentadbir Universiti Awam yang biasa dijalankan secara tahunan oleh semua universiti awam (UA) melalui mandat yang diberikan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) merupakan sebuah platform penggalakan penulisan artikel berilmiah dalam kalangan staf Pentadbiran, Pengurusan dan Profesional (PPP).

Selain itu, ia juga merupakan platform pendedahan dan perkongsian ilmu tentang amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di pelbagai peringkat pengurusan di universiti-univerisiti awam di Malaysia.

Bertemakan “Pentadbir Cemerlang Pemacu Evolusi Pendidikan Tinggi Negara”, program ini telah menjadi pemangkin dan semangat kepada semua staf PPP agar kekal berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan walaupun terpaksa menghadapi perubahan paradigm pendigitalan secara penuh kepada proses pengurusan pentadbiran.

Selain itu ia turut dianjurkan bagi menggalakkan cetusan ilham dan inspirasi penulisan berilmiah serta meningkatkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan staf UTM.

Naib Canselor, Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail percaya melalui anjuran program konvensyen ini dapat memberikan nilai tambah dalam kerjaya serta menjadi inspirasi kepada warga pentadbir UTM untuk terus memartabatkan mutu penjawat awam di Malaysia khususnya di peringkat pengajian tinggi.

“Sebagaimana yang telah saya umumkan dalam amanat saya pada awal tahun ini, saya menyeru agar semua pentadbir di UTM dapat bersama-sama memfokuskan agenda The Five (#5) Big Things pada tahun 2021 iaitu People Management, Institutionalize I.S.E.S., Strengthening Research Impact, Governance dan High Performance Delivery; dan menjayakan Pelan Strategik UTM Envision 2025 dalam memastikan segala objektif, hasrat serta aspirasi universiti berjaya dilaksanakan.

Naib Canselor, Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail semasa merasmikan Konvensyen Pentadbir UTM 2021

Peranan yang dimainkan oleh para pentadbir sememangnya amat penting dalam memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan adalah sentiasa terbaik, cepat, dan efisien.

Oleh itu, adalah menjadi hasrat saya supaya program konvensyen ini dapat membentuk dan melahirkan pentadbir serba boleh dalam apa-apa sahaja bidang ilmu, “kata beliau semasa merasmikan Konvensyen Pentadbir UTM 2021 melalui platform Webex.

Sementara itu Pendaftar UTM, Encik Abdul Razib bin Hj Shahuddin dalam ucapan alu-aluan beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya menyiapkan kertas kerja dalam bidang masing-masing yang bakal dibentangkan sepanjang dua hari berlangsungnya program ini.

Pendaftar UTM, Encik Abdul Razib bin Hj Shahuddin semasa menyampaikan ucapan alu-aluan Konvensyen Pentadbir UTM 2021.

Menurut beliau, konvensyen ini memberikan banyak manfaat yang bakal diperoleh untuk memajukan diri dan juga sebagai batu loncatan untuk membuat anjakan paradigma ke arah ‘High Performance Delivery’ sebagaimana fokus UTM pada tahun ini selain menginstitusi I.S.E.S. (Integrity, Sinergy, Excellence, Sustainability) dan memperkasa bakat.

Segala maklumat tentang Konvensyen Pentadbir 2021 boleh didapati melalui pautan https://www.utm.my/konvensyenpentadbir/

Hari pertama dimulakan dengan ucapan oleh Presiden PERTISAS, YBrs. Encik Azri bin Hohad dan diikuti oleh Ucapan alu-aluan oleh Pendaftar UTM, Encik Abdul Razib bin Hj Shahuddin.

Seterusnya Konvensyen Pentadbir UTM 2021 telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail.

Program diteruskan dengan Sesi Ucaptama 1 : Encik Abdul Razib bin Haji Shahuddin dengan tajuk: High Performance Delivery dan Puan Nor Asikin binti Mohamad, Ketua Pustakawan UTM bertajuk Transformasi Penyampaian Perkhidmatan di Perpustakaan.

Program konvensyen ini diteruskan lagi dengan Sesi Selari yang menampilkan di 36 kertas kerja dibentangkan oleh Pegawai Tadbir dari pelbagai Pusat Tanggungjawab dalam enam room masing-masing.

Untuk hari kedua pula program diteruskan dengan sesi ucaptama iaitu oleh Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Mantan Naib Canselor UTM dengan tajuk beliau ‘7 Traits Driving to High Performance Culture.

Sesi Ucaptama diteruskan lagi dengan penyampaian dari Encik Abu Bakar bin Mohd. Salleh, Bendahari UTM dengan tajuk Ciri-ciri Pentadbir Cemerlang : Perspektif Pengurusan Kewangan serta diikuti dengan sesi Ucaptama 5 oleh Encik Abdol Fattah bin Abu Bakar
Pengarah, Jabatan Harta Bina UTM dengan tajuk Pembangunan Kampus UTM Johor Bahru – Keperluan dan Pengalaman.

Panganjuran program Konvensyen Pentadbir  di peringkat UTM kali ini agak unik kerana telah berjaya menggabungkan program Anugerah Gemilang PERTISAS 2021 yang telah menobatkan sekurang-kurangnya tiga puluh ahli PERTISAS yang berkaliber dan berketerampilan melalui penganugerahan 11 kategori anugerah pelbagai peringkat termasuklah Anugerah Tokoh Pentadbir PERTISAS 2021, Anugerah Pentadbir Terbilang PERTISAS 2021, Anugerah Pentadbir Harapan PERTISAS 2021, dan banyak lagi.

Bagi sesi petang hari kedua, Konvensyen Pentadbir UTM 2021 telah tiba ke acara kemuncak iaitu Majlis Anugerah Gemilang PERTISAS yang telah meraikan 35 pemenang daripada 11 kategori.

11 kategori anugerah pelbagai peringkat yang dipertandingan termasuklah Anugerah Tokoh Pentadbir PERTISAS 2021, Anugerah Pentadbir Terbilang PERTISAS 2021, Anugerah Pentadbir Harapan PERTISAS 2021, dan banyak lagi.

Setiap kategori menampilkan tiga pemenang utama iaitu Emas, Perak dan Gangsa dan pemenang adalah dipilih melalui panel juri yang bertauliah dari beberapa Universiti Awam.

Anugerah tersebut dijalankan secara langsung dalam talian dan disiarkan ke https://www.facebook.com/pertisas/videos/1012005656318705/.

Senarai pemenang Majlis Anugerah Gemilang PERTISAS :

BILKATEGORI
1Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Kategori Penulisan Ilmiah)
Emas – Ts. Dr. Ng Be Cheer
Perak –  Ts. Chm. Dr. Nor Suriani Binti Sani
Gangsa – Ts. Dr. Noor Azwani Bt Zainol
2Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Kategori Penulisan Sosial)
Emas – Pn. Dina Azleema Mohamed Nor
Perak –  Dr. Naemah Binti Hamzah
Gangsa – Pn. Yasni Nurul Huda Hj Mohd Yassin
3Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Khidmat Komuniti)
Emas – En. Mohamad Redha Bin Md Dali
Perak –  Pn. Noor Hadayah Binti Ahmad
Gangsa – Pn. Siti Norulhana Binti Hj Miskan
4Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Penyelidikan-Penyelidik)
Emas – En. Mohd Sohaimi Bin Abdullah
Perak – Pn. Roslinda Binti Abd Malek
5Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Penyelidikan – Skim Lain-Lain)
Emas – Ts. Dr. Azlin Binti Abd Jamil
Perak –  Pn. Dina Azleema Mohamed Nor
Gangsa – En. Mohd Hazri Bin Ishak
6Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Tadbir Urus Kreativiti Dan Inovasi)
Emas – En. Shamsul Azli Bin Shamsuray
Perak –  En. Baharudin Bin Mastari
Gangsa – Pn. Nor Azlinda Binti Abu Bakar
7Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Dan Komunikasi)
Emas – En. Helmee Bin Yaacob
Perak –  Ts. Dr. Noor Azwani Bt Zainol
8Anugerah Pentadbir PERTISAS 2021 (Sukan Dan Rekreasi)
Emas – Pn. Enna Fasihah Binti Fadilah
Perak –  En. Ganesan A/L Andimuthu
9Anugerah Pentadbir Harapan PERTISAS 2021
Emas – En. Shahrel Ahmad Bin Shuhel Ahmad
Perak –  Pn. Raihan Binti Abd Karim
Gangsa – Pn. Umussaa’dah Binti Adam
10Anugerah Pentadbir Terbilang PERTISAS 2021
Emas – En. Azri Bin Hohad
Perak –  Pn. Noerwati Binti Dolhaji
11Anugerah Tokoh Pentadbir  
En. Abdul Razib Bin Haji Shahuddin

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan pada masa hadapan.

Explore More