April 18, 2024

Search
Close this search box.

Freestyle Football Anjuran PEMADAM UTM Galak Mahasiswa Kekal Aktif Sepanjang Pandemik

Kelab Mahasiswa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pusat Kaunseling UTM, PEMADAM Negeri Johor dan PEMADAM Kebangsaan telah berjaya mengadakan Program Pertandingan Freestyle Football secara dalam talian. 

Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM dengan sokongan Pusat Kaunseling UTM dan seluruh Institut Pengajian Tinggi Malaysia menyahut dasar kerajaan untuk memerangi isu penyalahgunaan dadah ini.

Bagi mencapai usaha ini, satu pertandingan Freestyle Bola Sepak dianjurkan untuk mengelakkan mahasiswa terjebak dengan perkara tidak sihat.

Program ini dilaksanakan hasil daripada perbincangan Majlis Tertinggi Kelab yang berharap agar Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM terus aktif menganjurkan program-program berimpak tinggi dan bermanfaat buat semua ahli kelab yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UTM.

Secara tidak langsung, program ini juga turut dapat dikongsikan manfaatnya kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UTM dan komuniti yang mengikuti program ini di atas talian.   

Antara objektif utama program ini ialah ingin memberi pendedahan kepada seluruh mahasiswa UTM bahawa terdapat lebih banyak perkara yang berfaedah boleh dilakukan sepanjang kehidupan daripada terjebak dengan aktiviti merokok dan penyalahgunaan dadah. 

Selain itu, dengan penglibatan dalam program Freestyle Bola Sepak, mahasiswa-mahasiswa dapat mencungkil bakat mereka serta dapat meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa UTM terhadap kebaikan bersukan di mana mampu untuk meningkatkan kecergasan diri dan mampu untuk meningkatkan imej diri dan mencapai keyakinan.

Pihak Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM, juga ingin menucapakan setinggi – tinggi penghargaan kepada ketiga–tiga juri jemputan kami iaitu Encik Ahmad Syafeeq bin August fouzy, Encik Mohamad Faiz Bin Rahmat @ Manis dan Encik Mohamad Irfan Aqmar Bin Mohd Zaki kerana telah menjalankan tugas mereka secara adil dan saksama serta dapat menjayakan program ini.

Program ini telah dilaksanakan secara atas talian. 

Para peserta perlu untuk memuat naik video mereka mengolah bola selama 2-3 minit mengikut terma dan syarat pihak penganjur di instagram/facebook masing-masing.

Bagi memudahkan pihak penganjur, para peserta perlu ‘tag’ halaman akaun media sosial Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM iaitu Pemadam UTM berserta dengan hashtag istimewa yang telah diberikan kepada peserta.

Gambar 1 tangkapan skrin: Peserta yang memuat naik video di platform Instagram
Gambar 2 tangkapan skrin: Peserta yang memuat naik video di platform Instagram

Kami Kelab Mahasiswa PEMADAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi menyertai pertandingan ini.

Pihak Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM mengharapkan program ini mampu memberi input yang berguna kepada para peserta.

Sekiranya tiada halangan, pihak Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM akan meneruskan dan melaksanakan program-program yang menarik dan dapat memberi manfaat kepada diri anda sekalian terutama kepada mahasiswa dan mahasiwi UTM.

Justeru, penganjuran program pertandingan Freestyle Football ini merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM bagi menyokong usaha kerajaan mencapai sasaran Dadah Terkawal 2025. 

Hal ini kerana sesuai dengan konsep pertandingan ini iaitu menjadikan pertandingan ini sebagai satu platform kepada usaha untuk menggalakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa UTM dan dapat mengelakkan diri daripada penglibatan penyalahgunaan dadah sekaligus meningkatkan daya fikir yang lebih efektif dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, Kelab Mahasiswa PEMADAM UTM berharap agar program pertandingan Freestyle Football ini dapat memberi impak yang positif dalam diri mahasiswa/i UTM. 

Hal ini demikian kerana, program ini secara tidak langsung telah dapat mengisi masa lapang mahasiswa/i yang sedang belajar dirumah agar mereka lebih kerap untuk melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti ko-kurikulum. Bab kata peribahasa ‘Badan Cergas, Otak Cerdas’.

Explore More