April 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 9 Ogos – – Jumlah kes penularan Covid-19 di Malaysia menunjukkan statistik semakin hari semakin membimbangkan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memandang serius tentang kes penularan wabak COVID-19 ini dan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi membendung penularannya dalam kalangan warga universiti terutamanya pelajar dan staf.

Selaras dengan itu, Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) melalui inisiatif UTMShield yang diketuai oleh Prof Madya Dr Johari bin Surif, telah menyumbangkan personal protective equipment (PPE) seperti pelindung muka ( face shield ) dan gel sanitasi tangan ( hand sanitizer gel ) kepada petugas barisan hadapan di hospital dan balai polis di Johor untuk digunakan bagi memerangi Covid-19.

Sumbangan bagi program ini telah disumbangkan oleh Flex Malaysia (PTP, Johor).

Pengarah CCIN UTM menyampaikan sumbangan kepada IPD Kulai

Bagi menyokong inisiatif kepada barisan hadapan ini juga, pada 5 Ogos 2021 lalu pihak CCIN telah memberikan sumbangan PPE kepada IPD Kulai.

Antara sumbangan yang telah diagihkan ialah 100 unit hand sanitizer gel bagi 100ml, 100 unit hand sanitizer gel  bagi 500ml dan 150 unit face shield.

Pada masa ini, penggunaan hand sanitizer dan face shield adalah sangat penting kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas kerana mereka akan berjumpa dan bercakap bersama orang awam dengan lebih kerap.

Mereka hendaklah sentiasa memastikan kebersihan dan keselamatan mereka dan orang di sekeliling mereka. 

Pada 9 Ogos 2021 pula, pihak CCIN UTM telah mengagihkan sumbangan kepada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Antara sumbangan yang telah diagihkan adalah 150 unit hand sanitizer gel  bagi 500ml dan 150 unit face shield.

Penggunaan PPE dapat memudahkan doktor dan jururawat yang sering berjumpa dengan pesakit di hospital. Sumbangan dalam bentuk hand sanitizer gel dan face shield yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk mendapatkan bekalan perlindungan diri mereka.

Antara yang hadir semasa program sumbangan ini ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Prof Dr Rosli bin Md Illias dan Prof Madya Dr Johari bin Surif  yang mewakili UTM manakala HSA diwakili oleh Puan Iszalhamiyah binti Mohamed, Timbalan Pengarah Pengurusan (HSA) dan Encik Bani Amin, Ketua Unit Komunikasi Korporat HSA.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Menurut Prof Dr Rosli bin Md Illias, sumbangan ini merupakan antara yang dibuat untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu para petugas barisan hadapan sewaktu pandemik ini.

Tambah beliau, pada masa yang sama juga sumbangan adalah diharap agar dapat membantu negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Explore More