April 25, 2024

Search
Close this search box.

Aplikasi Revolusi Industri Dalam Sukan Bagi Kelangsungan Industri Sukan Era Pandemik

Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM Bangunkan Alat Latihan Kardiovasukalar Berunsur Gamification Menggunakan Alat Virtual Reality.

Arus Industri Revolusi 4.0 terus berkembang pesat di kala musim wabak Covid 19.

Pengunaan Internet of Thing, Artificial Intelligence, Big Data, Smart Technology adalah antara perkara yang perlu di perkasakan pada kala wabak Covid 19 melanda dunia.

Dunia terjejas teruk akibat oleh Wabak Covid 19 yang berlaku sekitar bulan Mac 2020 tahun lepas yang menyebabkan banyak negara terjejas serta segala aktviti harian ditutup.

Manakala ada negara yang menjalankan secara tegas membendung wabak pandemik dengan melaksanakan total lockdown.

Ia secara tidak langsung telah menjadikan keperluaan penggunaan aplikasi Revolusi Industri (IR4.0) dalam kehidupan manusia kini.  

Keperluan IR 4.0 bukan sahaja boleh di kecapi oleh orang awam, malahan ia boleh digunakan dalam bidang sukan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah merupakan antara pelopor kepada bidang SUKAN 4.0 dimana aplikasi IR4.0 diguna pakai dalam bidang sukan bagi mengatasi masalah pandemik yang berlaku.

Ia bertepatan dengan keadaan semasa di dunia kerana segala aktiviti bersukan telah diberhentikan buat sementara waktu oleh pihak kerajaan kerana ia melibatkan aktiviti secara berkumpulan  dan boleh menyebabkan Covid 19 merebak secara meluas.

VIRTUAL REALITY AND GAMIFICATION TECHNOLOGY

Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM telah menjalankan kajian keperluan bidang sukan 4.0 di perkasakan di kala wabak pendemik yang menjejaskan segala aktviti sukan di Malaysia.  

Jika dilihat antara masalah yang berlaku ketika ini, masyarakat atau atlet sukan tidak dibenarkan riadah di luar rumah semasa total lockdown (PKP). Jadi mereka perlu melakukan latihan sukan di dalam rumah.

Latihan sukan yang boleh dibuat di dalam rumah adalah merupakan latihan jantung iaitu latihan kardiovaskular. Kebiasaaannya latihan jantung dilakukan dengan melakukan jogging, berbasikal, berenang, berkuda dan lain lain.

Justeru, pada kala wabak pandemik semasa ini, ia perlu di lakukan di dalam rumah yang pasti akan membosankan pengguna yang berada dalam ruang lingkup 4 dinding yang tertutup di rumah.

Oleh itu, pasukan Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan UTM (SITC) telah membangunkan alat latihan kardiovasukalar menggunakan alat basikal dan rowing ergometer ditambah unsur gamification level dengan menggunakan alat virtual reality.

Ia adalah bertujuan meningkatkan motivasi dan latihan yang dilakukan di dalam rumah seolah-seolah berada di lapangan sebenar.

Jadi secara tidak langsung latihan jantung atau latihan kardiovasukalar dapat dilakukan dengan kaedah dari mudah ke susah, ringan ke berat dan rendah ke tinggi degnan menggunakan gamification level yang di reka khas dalam latihan kardiovaskular yang diberikan.

Latihan jantung adalah sangat penting bagi seseorang atlet untuk mengekalkan kecergasan mereka di waktu ini.

VIRTUAL REALITY DALAM SENAMAN

Seterusnya ramai pengusaha event management sukan, pengusaha gym dan pengusaha perniaagaan sukan telah kecundang akibat wabak pandemik yang melanda hampir selama 2 tahun.

Larangan event sukan di anjurkan, larangan gym untuk di buka dan larangan sebarang bentuk perniagaan sukan ( bukan kategori essential services ) telah menyebabkan ramai di antara mereka telah gulung tikar dan tutup kedai.

Justeru, dicadangkan kepada pihak kerajaan menyediakan kursus keusahawanan digital marketing dan teknologi digital sedia ada secara percuma kepada semua pengusaha perniagaan sukan.  

SITC UTM juga telah cuba melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah yang berlaku ini dengan menggunakan platform kelab E-Sukan UTM dan kelab Sains, Inovasi dan Teknologi Sukan UTM yang berada di bawah kendalian SITC untuk menganjurkan pertandingan virtual sukan seperti virtual larian sukan, virtual senaman sukan seperti lompat tali dan tekan tubi dan yang terakhir adalah virtual e-games yang menjadi pilihan hangat generasi Z masa kini.

SITC UTM bersama Institute Human Centred Engineering UTM juga telah melihat keperluan pembangunan APPS JOM RUN, APPS JOM SENAMAN, APPS JOM SIHAT dan lain lain MOBILE APPS dibangunkan secara berpusat oleh badan sukan untuk digunapakai oleh semua pengusaha industri sukan secara bersama.

APPS SENAMAN JENIS YOGA

Wabak pandemik telah menjejaskan semua pihak, walaubagaimanapun kita perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Kita tidak boleh duduk diam dan membiarkan sahaja apa yang berlaku.

Aplikasi IR 4.0 dalam sukan seperti Teknik Digital Marketing dalam sukan (Big data) dan Pertandingan Sukan (Smart Technology) yang menggunakan platform maya perlu diperkasakan oleh badan kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sukan bukan untuk dipolitikan dengan bantuan dana yang pelbagai akan tetapi pengusaha sukan tidak mampu bayar semula kadar pinjaman yang diberikan.

Bukan kah kita telah di ajar lebih baik kita memberi alat pancing ikan, berbanding kita memberi ikan kepada pengusaha sukan. Dengan membekalkan platform digital sukan dan teknologi sukan 4.0 ia adalah satu projek jangka masa panjang yang lebih kekal lama berbanding memberi ikan (Duit pnjaman atau Dana c-19).

Selain itu, tidak semua rakyat mempunyai kepandaian dan kepakaran terhadap perkara digital teknologi. Seringkali peribahasa bergambar menunjukan pelbagai jenis binatang bertanding untuk memanjat pokok kelapa untuk menang.

Tidak semua binatang seperti singa, monyet, zirafah, tupai dan lain lain mempunyai kapasiti yang sama untuk memanjat pokok kelapa.

KBS selaku badan induk sukan paling utama negara perlu memperkasakan pelbagai kursus-kursus digital sukan dan teknologi sukan kepada pengusaha sukan dan badan sukan tanah air bagi menyelamatkan industri sukan negara.

Ekosistem sukan negara ini perlu di jaga kerana kejayaan sukan sesuatu negara bukan sekadar atlet atau jurulatih sahaja, ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti pihak industri sukan, pihak ibu bapa, pihak akademia sukan dan lain lain.

JOM RUN APPS

Pihak Industri sukan adalah pihak yang banyak berjasa kepada ekosistem sukan negara. Jika tidak dijaga dengan baik, kesan telahpun berlaku di dalam liga bolasepak tanah air negara, tiada industri sukan yang ingin taja pasukan negeri dan gaji pemain tidak mampu dibayar oleh persatuan sukan sendiri.

Ia adalah suatu khabar berita yang amat menyedihkan dan di tayangkan di televisyen di seluruh negara.

Sudah pasti ia menjejaskan peluang bidang sukan di malaysia untuk berjaya sama seperti bidang bidang professional seperti doktor, peguam, jurutera dan yang lain lain.

Ibu bapa selepas ini pasti gusar untuk membenarkan anak mereka terlibat dalam bidang sukan kerana ia tidak menjamin masa depan. Jika ekosistem ini di jaga dengan baik, pasti ia akan membawa hasil yang positif dan berkesan untuk negara sekurang 1 pingat emas Olimpik Negara atau Emas Piala Dunia.

Kita tidak mahu lagi dengar ada di kalangan Lagenda Sukan Negara yang terpaksa menjual kasut emas untuk meneruskan kelangsungan hidup,  kita juga tidak mahu  dengar bekas atlet kebangsaan menetap di dalam hutan.

Ayuh Malaysiaku, buat warga sukan dan peminat sukan tanah air bersama kita kejutkan harimau yang sedang tidur lena.

Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk mendapatkan pengiktirafan bidang sukan adalah bidang yang professional.

Aplikasi IR 4.0 dalam sukan perlu diperkasakan agar bidang sukan negara tidak terus ketinggalan.

Majulah sukan untuk negara.        

APLIKASI SUKAN 4.0 (TEKNOLOGI SUKAN)

Disediakan oleh,

Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip (012-5015090)

Timbalan Pengarah Sports Innovation Technology Centre

Institute Human Centred Engineering UTM

   

Explore More