April 25, 2024

Search
Close this search box.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti awam (UA) pertama mewakafkan tanah universiti kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pada pagi bersejarah 13 Julai 2021 bertempat di Bilik Pejabat Penasihat MAINJ YB. Dato’ (Dr) Hj. Nooh bin Gadoot telah diadakan Majlis Hujjah Wakaf Sekolah Agama UTM.

Majlis tersebut melibatkan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Ahli Lembaga Pengarah UTM, Y. Brs. Dato’ Hj Ismail bin Karim serta Pengarah Wakaf UTM, Prof Madya Dr. Ahmad Bin Che Yaacob.

Lafaz Hujjah Wakaf oleh Naib Canselor UTM, YBhg. Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail

Lafaz Hujjah Wakaf telah dibuat oleh YBhg. Prof Datuk Fauzi dan Dato’ Hj Ismail di hadapan Kadi Daerah Kulai, As Sheikh Haji Amir Bin Mohd Noor.

Saksi bagi Majlis Hujjah Wakaf pula adalah YB. Dato’ Hj. Nooh bin Gadoot, Penasihat MAINJ dan Sahibul Fadilah As-Sheikh Tuan Haji Halid Sono Al-Hafiz Kadi Besar Negeri Johor.

Acara disudahi dengan penyerahan cenderahati dan bacaan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad Alaihi Salam

Explore More