April 26, 2024

Search
Close this search box.

Penyambungan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) telah mengundang reaksi pelbagai pihak, dan pastinya memberi kesan kepada setiap daripada mereka.

Ini termasuklah kesan kepada psikologi dan emosi pelajar.

Menyedari hakikat tersebut, pengurusan Kolej Tuanku Canselor (KTC) menjalankan program ziarah pelajar dan menyantuni pelajar di kampus kediaman tersebut pada Sabtu 2 Julai jam 9.30 mlm hingga 11.30 mlm.

Program dijalankan di semua blok pelajar.

Felo KTC, Roslan bin Abdul Ghani berkata, tujuan program adalah untuk bertanya khabar dan melihat persekitaran bilik dan blok pelajar agar kondusif dalam tempoh pandemik COVID19 bagi tujuan pembelajaran secara maya.

Program tersebut dijayakan bersama oleh Pengetua KTC Prof Dr. Ir. Sharul Kamal bin Abd Rahim , Majlis Felo dan ahli JK Mahasiswa KTC.

Selain menjalankan sesi lawatan, pelajar turut diberikan goodies sebagai daya tarik dan tanda ingatan dari majlis Felo.

Explore More