April 26, 2024

Search
Close this search box.

Johor Bahru, 29 Julai 2021 – Sebuah webinar yang bertajuk Kelestarian Sungai Kim Kim dan Masyarakat telah dilaksanakan secara atas talian melalui platfom FB Live.

Program ini adalah anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bertindak sebagai Ketua Program University for Society (U4S) Zon Selatan.

Turut sama dalam menjayakan program ini adalah ahli-ahli U4S Zon Selatan yang lain, iaitu Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini telah dipancarkan secara langsung melalui media sosial rasmi milik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Webinar ini telah mengetengahkan empat orang panel yang sangat berkepakaran, dalam melaksanakan projek-projek pemeliharaan, pemuliharaan, seterusnya pelestarian Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Panel yang dimaksudkan adalah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam bin Rasidi, selaku ketua projek Eco-Park Sg Kim Kim, dari UTM. Panel yang kedua adalah Dr. Azra Munirah binti Daud, selaku ketua projek Conserve the nature, Love the River, dari UTHM.

Panel yang ketiga pula adalah Prof. Madya Dr. Effendi bin Mohamad, selaku ketua projek Smart River Challenge, dari UTeM. Manakala panel yang terakhir pula adalah Dr. Mohd Hafiz bin Jaafar, selaku ketua projek Psychological First Aid Guide, dari USIM.

Program yang bermatlamatkan dalam memberi kesedaran umum kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar ini telah bersiaran selama 1 jam 15 minit, bermula 11.45 tengahari dan tamat pada jam 1.00 petang.

Sepanjang program berlangsung, lebih 5,000 orang telah singgah ke Laman Facebook KPT dan menonton siaran ini secara langsung.

Para peserta yang mendaftar masing-masing telah membawa pulang sekeping sijil penyertaan digital.

Explore More