Mei 8, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar UTM Kuala Lumpur tetap mengadakan aktiviti berbentuk permainan secara dalam talian, ceramah kerohanian dan sukan secara dalam talian

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang telah berlangsung sejak 12 Mei 2021 lalu, pelajar-pelajar pelajar Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) yang berada di kediaman masing-masing dan sebahagian lagi yang tinggal di Kolej Siswa Jaya telah merangka pelbagai aktiviti secara dalam talian.

Sebanyak 7 program melibatkan persatuan akademik, manakala 11 program persatuan bukan akademik.

Program-program tersebut telah diiklankan secara dalam talian menerusi whatsapp, instagram dan telegram.

Jumlah program sepanjang bulan Mei 2021 hingga Jun 2021 ialah 18 program secara dalam talian untuk para pelajar di UTM Kuala Lumpur.

Program secara dalam talian dapat bukan sahaja dapat membantu pelajar menambah ilmu tetapi berkongsi pengalaman bersama sama sepanjang pengajian yang diadakan secara dalam talian sejak tahun 2020 lalu.

Aktiviti tersebut turut dijalankan pada masa yang sesuai bagi pelajar pelajar untuk beriadah, seperti hujung minggu atau pada waktu malam dan waktu cuti semester.

Ini diambil kira supaya tidak mengganggu waktu pembelajaran pelajar.

Aktiviti secara dalam talian yang diadakan sepanjang MCO 3.0 dapat memupuk semangat kebersamaan pelajar UTM Kuala Lumpur walaupun tidak berada di kampus sepenuhnya.

Aktiviti dalam talian diadakan secara santai bersama sama pelajar.

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar menggalakan aktiviti secara dalam talian bagi mewujudkan keberkesanan komunikasi diantara pelajar, di samping membantu mengurangkan tekanan pelajar semasa menjalani pembelajaran secara dalam talian.

instagram #heputmkl

Explore More