April 26, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Siti Aisyah dan Muhammad Huzaifah Adam.

JAWA TENGAH-INDONESIA, 12 Jun. – – Seramai 79 pembentang dari 15 buah institusi pendidikan tinggi dari Indonesia, China, dan Malaysia telah melakukan pembentangan di 4th International Seminar on Psychology yang dianjurkan oleh Universitas Muhammadiyah Purwokerto secara dalam talian semalam.

Program yang bertemakan “Psychology in individual and community empowerment to build new normal life” itu telah dihadiri oleh lebih daripada 400 peserta dari seluruh dunia.

Program seminar antarabangsa itu dimulakan dengan pembentangan beberapa penceramah utama antaranya Prof. Dr. Seger Handoyo dengan tema “leadership perspective”, Prof. Dr. Shukran Abd Rahman, dengan tema “Organizational/ Human Development Perspective”, Prof. Tokie Anme dengan tema “Child Developmental Psychology Perspective” dan Dr. Charles-Etienne Benoit dengan tema “Applied Psychology-Rhythm-based digital solutions for health”.

Pelajar tahun 4 sarjana muda jurusan Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia, Muhammad Huzaifah Adam dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Siti Aisyah Binti Panatik, menjadi wakil tunggal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai pembentang di seminar tersebut.

Huzaifah telah membentangkan tajuk penulisannya tentang “Influence of Mindset on Intellectual Performance Among Hish School Students”.

Mengikut Huzaifah, terdapat pelbagai ilmu baharu yang dia telah peroleh dengan penyertaan beliau pada seminar kali ini.

Komen-komen yang telah diberikan oleh para peserta serta ahli panel lain menunjukkan penambahbaikan yang boleh dilakukannya dari segi pembentangan dan persembahan presentasi.

Selain itu, pendedahan awal yang diterimanya ini menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk menyertai lebih banyak seminar-seminar seperti ini di masa hadapan.

Sesi yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4 petang itu telah melabuhkan tirainya dengan pengumuman pembentang terbaik, artikel terbaik, dan pembicara terbaik.

Diharapakan lebih ramai lagi pelajar UTM yang akan mengambil bahagian dalam seminar dan mendapatkan pendedahan awal tentang seminar-seminar yang dijalankan di dalam mahupun di luar negara.

Explore More