Iltizam Pusat Islam Sepanjang PKPD Perkuat Fizikal dan Perkasa Rohani Warga UTM

Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang bertanggungjawab meningkatkan kualiti modal insan serta berperanan membuat perancangan dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan keintelektualan Islam, kemasyarakatan dan kebajikan.

Diletakkan di bawah Canseleri, segala program yang dijalankan oleh Pusat Islam sepanjang masa adalah untuk memberikan manfaat kepada seluruh warga kampus dan masyarakat sekitar.

Sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyokong warga universiti yang terkesan agar kebajikan mereka sentiasa terjaga.

Sekalipun warga kampus menjalankan kerja dari rumah (BdR) dan mahasiswa belajar secara dalam talian, namun Pusat Islam UTM terus komited untuk menyediakan pengisian bagi pemantapan keilmuan dan kerohanian warga kampus.

  1. PROGRAM PEMBANGUNAN ROHANI & KEILMUANKuliah-kuliah (Maghrib, Subuh, Dhuha dan Tafaqquh)

Pusat Islam UTM manyajikan kuliah-kuliah yang diadakan secara harian iaitu kuliah Maghrib bermula Isnin hingga Khamis setiap hari dengan mengupas kupasan daripada kitab-kitab terpilih. Kuliah Dhuha diadakan 3 kali seminggu melibatkan pengarah dan mantan pengarah Pusat Islam dan kuliah Subuh diadakan 3 kali seminggu secara dalam talian.

Tujuan kuliah ini diadakan adalah untuk memberikan ruang untuk staf, mahasiswa dan masyarakat untuk mendalami ilmu pengetahuan dan mengisi masa Ketika berada di rumah dengan program yang bermanfaat menambahkan kekuatan rohani dalam menghadapi cabaran semasa. Kuliah dijalankan secara online menggunakan medium fb Live di Fb Masjid Sultan Ismail UTM.

  • Ceramah & Diskusi

Ceramah ini dianjurkan sebagai tanda solidariti kepada umat Islam yang berada di bumi Palestin. Program ini mendapat sambutan dengan view melebihi 500 orang sebagai sesi live ini berlangsung. Semoga Allah memelihara umat Islam di Palestin.

  • PROGRAM UNTUK WANITA

Program usrah Muslimah diadakan secara berkala setiap Hari Selasa jam 12.00 tgh melalui medium fblive Masjid Sultan Ismail UTM. Terbuka kepada semua muslimat untuk mengupas topik-topik berkaitan Wanita dan kehidupan. Program ini bertujuan menambah kefahaman agama dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kampus.

  • PERTANDINGAN & PROGRAM SANTAI
  • Kempen Hafal 1 Hari 1 Ayat adalah program untuk memberi minat kepada warga kampus dan masyarakat luar yang berminat untuk mencuba menghafal ayat-ayat al-Quran. Peserta hanya perlu menghafal satu hari satu atay sahaja dan berpeluang untuk menyemak bacaan secara online dengan ustaz atau ustazah yang dikhaskan bagi program ini secara online. Percuma dan tiada bayaran dikenakan.
  • Program ini merupakan program Kerjasama antara UTMileagua bersama Pusat Islam UTM bagi memberikan kefahaman berkaitan bacaan al-Quran yang betul.

5.0 SUMBANGAN & BANTUAN CAKNA ASNAF DAN BENCANA

Warga UTM prihatin melalui Tabung Zakat UTM dengan penuh rasa tanggungjawab dan kebersamaan, telah menyumbang sebanyak RM50 ribu ke Tabung Prihatin Covid19 UTM.

Majlis sederhana telah diadakan dengan simbolik penyerahan mock up cheque telah diadakan di perkarangan pintu gerbang UTM.

Cek telah diserahkan oleh Pengarah Pusat Islam UTM iaitu Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam kepada YBhg. Prof. Ts Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.

Majlis turut dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Bin Haji Ahmad, Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Dr. Mohd Nasir Masroom, Timb. Pengarah Pusat Islam UTM.

Naib Canselor mengucapkan ribuan terima kasih dan rasa terharunya kepada semua penyumbang zakat di UTM. Ini adalah contoh yang dapat meningkatkan lagi kesedaran warga UTM untuk menyumbang kepada pihak universiti.

Beliau juga mengajak warga UTM untuk terus berdoa demi kesejahteraan UTM dan warganya.

Unit Zakat dan Kebajikan UTM terus komited menyalurkan bantuan bagi mahasiswa yang berkelayakan bagi semester 2 2020/2021 melalui tiga peruntukan yang sediakan iaitu bantuan sara diri, bantuan yuran pengajian dan bantuan Latihan industry. Bantuan ini dapat meringankan bebanan asnaf untuk terus komited meneruskan pengajian dengan selesa serta membantu mahasiswa yang berdepan krisis kewangan dalam melangsaikan yuran tertunggak.

  • UTM BERMUNAJAT

Pusat Islam UTM turut cakna dengan masalah pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang. Justeru, antara inisiatif pihak Pusat Islam ialah dengan menganjurkan Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana, UTM Bermunajat secara bersama dengan badan-badan kerohanian dan persatuan-persatuan pelajar, Bacaan Yasin, Munajat , Solat Hajat dan Selawat Nariyah setiap hari khamis malam Jumaat dan selepas solat Jumaat dan mengeluarkan poster-poster berkaitan doa dan hadis-hadis pilihan bagi meningkatkan kesedaran dan bersama-sama mengajak warga kampus bermunajat agar lengkok pendemaik ini dapat dilandaikan.

Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah amat signifikan dalam membantu warga yang terkesan tidak kira dari segi bantuan fizikal seperti bantuan makanan dan wang ringgit, program yang dijalankan juga sangat memberi implikasi dan impak terhadap mental dan aspek kerohanian warga UTM yang ada antara mereka tentunya tertekan dengan pelbagai cabaran sepanjang PKPD.

Tahniah Pusat Islam dan terima kasih atas usaha yang dijalankan.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *