Disember 26, 2024

Funfest’20 : We’re All In This Together

Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 9&10, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama kelab-kelab di bawah Kolej 9&10 telah menganjurkan Funfest’20 : We’re All In This Together pada 17 hingga 19 Jun lalu.

Kelab yang terlibat adalah Kelab Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Kelab Bakti Siswa, Kelab ITC, Kelab Keusahawanan dan Kelab SEMASEH.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Kolej 9&10 kepada warga Universiti Teknologi Malaysia dan berharap agar ia dapat membantu dalam mengeratkan hubungan antara warga UTM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari segi; kaum, umur, jantina dan kewarganegaraan.

Dengan ini, penganjur juga dapat memperkenalkan pelbagai aktiviti yang menarik kepada warga UTM khususnya Warga Kolej 9&10.

Funfest’ 20 tersebut telah berlanjutan selama tiga hari iaitu bermula daripada hari khamis (17 Jun 2021) sehingga hari Sabtu (19 Jun 2021). Terdapat pelbagai program yang telah disediakan oleh pihak JKM dan juga kelab – kelab bagi menggalakkan pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan sepanjang Funfest untuk mencapai keseimbangan dalam pelajaran dan kehidupan am.

Antaranya, Virtual Market diadakan bertujuan untuk membantu pelajar kolej yang mempunyai perniagaan sendiri, menjadi agen atau dropship untuk mempromosi barangan mereka melalui platform instagram dan telegram. Hal ini demikian akan meningkatkan pendapatan mereka sekaligus  pendapatan kolej.

Movie n chill ini merupakan sesi dimana pihak JKM akan menayangkan movie yang bertajuk Stand By Me 2: Doraemon.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi waktu kepada pelajar Kolej 9&10 untuk berehat seketika daripada urusan akademik dan bersama-sama menonton cerita yang ditayangkan terutama ketika norma baharu ini. Hal ini demikian kerana, di musim covid 19 ini, panggung wayang tidak dibuka dan pelajar tidak berkesempatan untuk menonton movie di panggung wayang.

Oleh itu, JKM telah mengadakan inisiatif untuk menganjurkan program ini dengan harapan pelajar dapat menghiburkan dan merehatkan minda mereka. Ceramah agama juga diadakan semasa program Funfest. Ceramah ini bertujuan untuk member kesedaran kepada semua pelajar Kolej 9&10 agar dapat memanfaatkan masa yang ada untuk membuat perkara-perkara yang berfaedah dan diredhai Allah.

Tiktok Contest ini telah dianjurkan oleh Kelab Bakti Siswa Kolej 9 & 10. Para peserta dikehendaki untuk menghantar video Tiktok yang bertemakan ‘How To…’ sebelum 15 Jun 2021. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai. Kelab Bakti Siswa menggalakkan para peserta untuk menggunakan Tiktok sebagai platform yang menyediakan banyak pilihan penyuntingan audio dan video untuk kemudahan penggunaan.

Terdapat pelbagai lagi pengisian sepanjang program Funfest anataranya, beauty talk , PUBG Tournament, Webinar Cara Jualan Secara Atas Talian, Majlis penutupan ” Pandemic Virtual Run”, dan lakonan Pendek Sketsa SEMASEH.

Dirasmikan oleh Pengetua Kolej 9&10, Prof. Madya Ts. Dr. Abd Rahman Bin Tamuri sekali gus menjadi acara kemuncak bagi FUNFEST ’20 bertemakan “We’re All In This Together”

Majlis Penutupan FUNFEST ‘20 ini yang berlangsung pada 19 Jun 2021 .

Majlis penutupan ini dimeriahkan dengan tayangan video montaj yang menarik daripada Ahli Jawatankuasa Penganjur FUNFEST ’20 serta pengumuman pemenang bagi setiap pertandingan yang dijalankan sepanjang program. Eng Jian Yuan selaku Pengarah bagi program FUNFEST ‘20 berasa bersyukur kerana program tahunan kolej ini masih dapat dijalankan walaupun secara dalam talian dan beliau amat berterima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.

Program ini juga telah memberikan kenangan yang sangat indah kepada penduduk-penduduk Kolej 9&10 kerana ini merupakan kali pertama bagi mereka semua menyertai program di atas talian. Syukur ke hadrat ilahi diatas segala usaha yang dilakukan oleh pengetua, felo-felo, pengarah, penolong pengarah, ahli jawatankuasa Funfest’20, kelab-kelab yang terlibat, dan tidak lupa juga kepada peserta-peserta yang membantu kami melancarkan program ini samaada pelar UTM ataupun orang awam. Diharap agar program-program seperti ini akan terus menerajui segenap pelusuk hati mahasiswa dan mahasiswi untuk menyerlahkan bakat dan kebolehan masing-masing serta dalam masa yang sama dapat mencapai objektif program ini iaitu dapat membantu dalam mengeratkan hubungan antara warga UTM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari segi; kaum, umur, jantina dan kewarganegaraan.

Akhir kata, semoga Kolej 9 & 10 dapat mengadakan lagi program-program yang berfaedah ini agar pelajar Kolej 9 & 10 sentiasa aktif.

Explore More