Program Forum Wacana Sukan Norma Baharu ini adalah sebuah program yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan tips gaya hidup sihat serta sukan norma baharu. Program ini telah menjemput ikon-ikon sukan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Univerisiti Teknologi Malaysia dan perkongsian ini telah berlangsung menggunakan aplikasi Webex pada tarikh 26 Mei 2021.
Secara keseluruhan program ini mempunyai objektif yang tersendiri iaitu untuk menyumbang idea dalam konteks sukan norma baharu, kesejahteraan kesihatan dalam kalangan masyarakat dan perkongsian pengalaman serta pencapaian tertinggi ikon. Selain itu, antara impak atau kesan daripada program ini adalah kolej mendapatkan idea untuk menjalankan beberapa aktiviti dalam norma baharu ini. Seterusnya, pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang dikongsikan dalam kehidupan seharian. Bagi program ini merit UTM dan kuota pengetua juga turut disediakan dan disertakan juga E-sijil kepada setiap ikon sukan.
Secara kesimpulannya, program ini telah memberikan banyak kesan positif kepada para penonton. Antaranya ialah bagaimana para atlet atau ikon sukan kebangsaan kita menjalani latihan sepanjang pandemik Covid 19 ini, cara mereka sentiasa memotivasikan diri mereka untuk terus bersukan walaupun mempunyai banyak kekangan dan cabaran yang dilalui, cara para atlet dalam mengekalkan dan konsisten dalam pengambilan makanan yang sihat dan banyak lagi.
Hal ini sedikit sebanyak membuka mata para penonton bahawa disiplin dan kecekalan dalam sesuatu perkara yang dilakukan adalah sangat penting lebih-lebih lagi dalam bidang sukan. Oleh hal yang demikian, segala aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah berjalan dengan lancar.
Diharapkan agar program seperti ini akan terus menerajui mahasiswa dan mahasiswi supaya terus bersukan walaupun dalam masa pandemik Covid 19 ini.