April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTM Tangani PKPD dengan Inisiatif Loving, Caring & Excellence

JOHOR BAHRU, 28 Mei – Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, UTM telah mengambil langkah yang proaktif dengan menjayakan pelbagai inisiatif bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan warganya yang terkesan.

Sepanjang PKPD, terdapat beberapa inisiatif libatsama secara maya yang diadakan oleh beberapa Jabatan dan Pusat Tanggungjawab UTM, antaranya ialah Sesi Sembang Santai Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor bersama pelajar pada 21 Mei 2021.

Turut hadir semasa sesi ialah Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Shahibuddin.

Sesi tersebut telah berjaya memberi semangat dan mengubati duka di hati pelajar UTM yang telah lama berjauhan dengan keluarga serta terkesan dengan pelaksanaan PKPD.

Melalui sesi tersebut juga telah terhasil beberapa cadangan pertandingan persahabatan oleh Baginda Tuanku dalam memberi sedikit keceriaan kepada warga universiti ketika ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2021-05-21-at-18.12.37-1024x576.jpeg
DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor yang juga Canselor UTM semasa Sesi Sembang Santai melalui platform Webex

Selain sesi sembang santai, DYMM Tuanku Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan makanan kepada pelajar UTM.

Terbaharu pada 31 Mei, DYMM Tuanku Permaisuri Johor telah mengurniakan 400 pek makanan kepada pelajar antarabangsa berupa juadah timur tengah dan nasi ayam penyet.

Menjunjung kasih Tuanku atas keprihatinan dan kemuliaan hati DYMM Tuanku menceriakan pelajar antarabangsa tersebut.

Sumbangan ini amat menyentuh hati penerima apabila ada di antara mereka meluahkan rasa gembira dan bersyukur atas kurniaan DYMM Tuanku Permaisuri.

DYMM Tuanku Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan pelbagai sumbangan barangan keperluan harian kepada pelajar tempatan dan antarabangsa UTM yang berkeluarga.



Selain itu di bawah inisiatif Caring juga, sebuah Sesi Sembang Santai Pengurusan Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNCHEP) bersama pelajar UTM juga telah diadakan pada 17 Mei 2021.

Menurut salah seorang pelajar UTM, Mimi Farhana Raduan, sesi tersebut telah membantu memberi informasi penting yang terkini serta membuka peluang kepada para pelajar untuk mengemukakan pelbagai soalan tentang keadaan semasa PKPD.

Dengan penglibatan YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Dr. Zulfikar bin Ahmad, Pengarah Pusat Kaunseling UTM dan YBrs. Dr. Nor’ Ashikin binte Sharif, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, sesi tersebut telah dapat berkongsi saranan dan nasihat berguna kepada pelajar serta mengalakkan cadangan daripada pelajar untuk penambahbaikan usaha pengendalian kampus semasa PKPD.

Poster Sesi Sembang Santai Pengurusan Jabatan TNCHEP bersama Pelajar

Pihak universiti juga telah menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi memastikan tiada masalah tekanan perasaan yang berlebihan semasa PKPD. Usaha tersebut adalah melalui slot sembang bersama Kaunselor UTM, Encik Nurul Aziz bin Mohamed dari Pusat Kaunseling UTM bagi pengurusan stress dan depresi pada 23 Mei 2021.

Sembang Santai Resak: Pengurusan Stress & Depresi Edisi Covid-19 dan PKPD tersebut telah dijalankan pada 23 Mei 2021 melalui saluran siaran langsung di Facebook Kolej Tun Dr. Ismail.

Panel Jemputan En Nurul Aziz daripada Pusat Kaunseling UTM telah turut bersama memberikan perkongsian dan menceritakan pengalaman beliau berkenaan isu yang dibincangkan.

En Nurul Aziz juga ada menyentuh berkenaan definisi, jenis-jenis serta cara menguruskan stress ketika terkurung didalam bilik. Buat pertama kali UTM telah diletakkan di dalam pengawasan yang lebih ketat dan diberi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Rentetan daripada pemakluman ini, pelajar yang sedia berada di dalam kampus tidak dibenarkan pulang ke rumah bagi meraikan Aidilfitri bagi mencegah penularan di luar kampus. Semestinya kekangan ini membuatkan pelajar dan warga UTM berada dalam sedikit tertekan dek keterbatasan pergerakan dan aktiviti seharian.

Oleh sebab itu, Majlis Felow KTDI dengan kerjasama JKM KTDI telah mewujudkan inisiatif bagi memberi sokongan kepada pelajar yang berada didalam kampus.

Muhammad Syaiful Izzhar Bin Zulkifli, pelajar dari program Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) berkata objektifnya adalah untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan menguruskan stress serta bagaimana untuk menguruskan diri dengan lebih efektif ketika berlaku lockdown sebegini.

Daripada beberapa soalan yang telah diajukan oleh pelajar serta jumlah tontonan yang hampir 500 tontonan, jelas sekali pelajar sangat memerlukan program berbentuk sokongan dari sudut emosi dan psikologi.

Sesi ini juga telah mendapat beberapa maklumbalas daripada pelajar bahawa program ini amat membantu mereka.

Diharapkan program sebegini dapat dijalankan lagi dengan lebih kerap dan disampaikan dengan lebih kreatif agar dapat memberi input kepada pelajar mahupun warga UTM dengan lebih berkesan

Slot sembang bersama Kaunselor melalui platform Facebook Live

Selain itu, inisiatif Drive UTM Prihatin telah diwujudkan dan sebuah Tabung Prihatin COVID-19 UTM di bawahnya telah menjadi platform utama kepada warga UTM serta orang awam untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan semasa PKPD.

Selain menggalakkan sumbangan berbentuk wang melalui tabung tersebut, inisiatif ini turut menggalakkan sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti makanan kering, barang penjagaan diri dan kelengkapan pelindungan diri.

Inisiatif ini merupakan kerjasama pelbagai pihak UTM itu sendiri antaranya ialah Jabatan Pendaftar, Pusat Islam, Pejabat Naib Canselor, UTMAlumni, Endowmen UTM, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Inisiatif ini bukan saja menarik warga UTM untuk menyalurkan bantuan malah, masyarakat luar yang prihatin juga. UTM melalui Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) (JTNCPI), telah memanjangkan inisiatif ini kepada semua rakan industri tempatan dan antarabangsa bagi memastikan sumber asas kepada pihak yang terkesan sentiasa diberikan perhatian.

Setakat ini sumbangan yang terima di atas keprihatinan pelbagai pihak amatlah memberangsangkan.  Pihak UTM Care Charity Shop dan Pusat Islam UTM merupakan antara pihak yang membantu universiti dengan memberi sumbangan untuk kebajikan warganya. UTM juga baru-baru ini amat terharu dengan sikap keprihatinan masyarakat luar terhadap UTM yang turut menyumbang antaranya adalah Encik Tee Sock Eng sekeluarga dan Pihak Angkasa Johor.

May be an image of standing and outdoors
Pusat Islam menyalurkan sumbangan sebanyak RM 50,000.00 daripada Tabung Zakat UTM ke Tabung Prihatin
COVID-19 UTM.
Image
UTM Care Charity Shop sesama penyerahan barangan sumbangan
Encik Tee Sock Eng dan keluarga yang menyumbang kerana prihatin terhadap pelajar yang terkesan
Pihak ANGKASA Johor semasa menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas

Inisiatif sesi libatsama dan Drive UTM Prihatin ini adalah dilihat seiring dengan slogan yang sering digunakan warga UTM iaitu Loving, Caring dan Excellence kerana telah melibatkan kasih dan ihsan pelbagai pihak terhadap warga UTM yang terkesan terutamanya pelajar dalam membantu mengawal emosi, penyediaan keperluan asas dan lain-lain.

Kepada warga UTM dan pihak lain yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian melalui capaian aplikasi UTM Smart atau melalui maklumat berikut:

#cekalbersamatakwa

Explore More