November 5, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh : Rohaizan binti Khairul Anuar

Pagoh, 6 Mei — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kerajaan Negeri Johor terus memperkasa kerjasama dalam memajukan daerah-daerah negeri Johor dengan menawarkan kepakaran dan kolaborasi untuk kepentingan bersama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2019 – 2030.

Aspirasi ini dilaksanakan melalui platform kerjasama strategik Lembah Inovasi Johor (JIVe) dengan mensinergikan kepakaran universiti, kerajaan sebagai pengubal dasar dan polisi, komuniti, industri dalam usaha untuk menjayakan PPMJ.

PPMJ mencartakan aspirasi untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaya saing melalui pembangunan mampan dan membangunkan bangsa Johor ke arah pemikiran kelas pertama secara holistik.

Justeru, keberadaan Kampus UTM Pagoh serta kepakaran yang ada dilihat sebagai pemangkin kepada aktiviti inovasi yang berupaya menyokong dan memberikan nilai tambah kepada pembangunan Daerah Muar.

UTM melalui kampus Pagoh telah menerima sesi lawatan khas yang telah dianjurkan untuk delegasi Pejabat Daerah Muar diketuai oleh Pegawai Daerah Muar, YBrs. Tn. Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Muar, Tn Jamil Jasni bin Abdullah serta Pegawai Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan SWCorp Muar ke UTM kampus Pagoh.

Pasukan penyelidik UTM mengambil kesempatan ini untuk membentangkan kajian kes yang telah dilaksanakan di Muar serta mencadangkan program dan projek “quick wins” yang perlu diteruskan.

Dalam siri perbincangan, lawatan tapak  dan showcase yang diadakan, program yang berpotensi sebagai “way forward” dan dipersetujui oleh Pejabat Daerah Muar adalah untuk UTM menerajui bidang tujahan “Waste to Wealth”, ”Low Carbon Society” dan “Community Based Eco Tourism”.

UTM terus bersinergi dalam menawarkan kepakaran secara bersepadu dengan kehadiran Pengarah Kampus UTM Pagoh, Prof. Ts. Safian bin Sharif, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri UTM, Prof Madya Dr Johari bin Surif, Pengarah UTM Campus Sustainability, Prof Ir Dr Mohd Fadhil bin Md Din, Timbalan Dekan (Penyelidkan & Inovasi) Fakulti Alam Bina & Ukur, Prof. Madya. Dr. Zulkepli bin Majid serta Dr Aidee Kamal bin Khamis dan Dr Pramila a/p Tamunaidu mewakili UTM Pagoh.

Delegasi dari UTM bersama Pejabat Daerah Muar merakamkan gambar kenangan

Explore More