Disember 28, 2024

UTM Nexus

Johor Bahru, 28 Apr. – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia bersama-sama Kelab DVCRI telah menganjurkan satu majlis khatam Al-Quran bersempena sambutan Nuzul Quran.

Aktiviti pembudayaan al-Quran disertai oleh 30 orang peserta dari kalangan staf jabatan TNCPI di mana setiap staf perlu mengkhatamkan satu juzuk al-Quran setiap seorang.

Majlis khatam Al-quran beramai-ramai telah diadakan melalui atas talian dan mendapat sambutan ramai bersama-sama staf Jabatan TNCPI.

Pembudayaan Al-quran ini juga dapat menyatukan silaturahim antara staf-staf di jabatan TNCPI disamping mengimarahkan bulan Ramadan dengan keberkatan dalam pembudayaan Al-quran.

Majlis membudayakan al-quran ini bermula pada 13/4/2021 sehingga 27/4/2021 pada bulan Ramadan 1442H/2021M. Majlis ini juga diadakan bagi membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian sama ada di pejabat, rumah dan di mana sahaja.

Menurut hadis Nabi SAW:

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”

(Hadis Riwayat Imam Malik)

Explore More