Disember 2, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 25 Mei — Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) (JTNCPI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terpanggil untuk membantu semua pihak yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di sini sejak 23 Mei hingga 3 Jun 2021.

Untuk membantu pelajar dan staf yang terkesan, sebuah tabung khas COVID-19 telah disediakan dan TNCPI telah mengambil inisiatif dengan memanjangkan kepada semua rakan industri tempatan dan antarabangsa bagi memastikan sumber asas kepada pihak yang terjejas sentiasa diberi perhatian.

Antara sumber dan bahan asas yang sedang diperlukan bahan makanan, sanitizer, mask, keperluan harian dan keperluan asas.

Selain itu, pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) juga ada mengumpulkan keperluan yang disumbangkan oleh pihak luar seperti industri-industri dan individu-individu untuk diberikan kepada pihak yang terkesan dengan PKPD.

Sumbangan tersebut dikumpulkan bermula dari 24 Mei 2021 hingga 26 Mei 2021 dan akan diserahkan pada 27 Mei 2021.

Sumbangan tersebut juga boleh diserahkan kepada Encik Zul (019-7756119), Encik Mad Yani (012-7512342) dan Encik Wafiq (018-3883964) di pusat pengumpulan yang terletak di Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UTM.

Explore More