April 26, 2024

Search
Close this search box.

FSSH Terjemah Nilai Teras Kerohanian melalui Program FSSHeart Ramadan 2021/1442

Selaras dengan kehadiran bulan Ramadan 1442 yang mulia serta penghayatan yang semakin tinggi terhadap nilai teras – Integrity, Synergy, Excellence, Sustainability dan Sprituality (ISESS) yang telah diinstitusikan di peringkat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) sejak tahun 2020, FSSH sekali lagi telah berjaya menterjemahkan nilai teras tersebut melalui sebuah program yang sangat bermakna khususnya kepada staf dan pelajar FSSH dan secara amnya kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Di bawah nilai teras tambahan di peringkat fakulti tersebut iaitu Sprituality (Kerohanian), FSSH telah berjaya menganjurkan Program FSSHeart Ramadan dengan tiga (3) cabang program iaitu:

  1. Khatam Al-Quran
  2. Sumbangan Bubur Lambuk
  3. Iftar Ramadan

Program Khatam Al-Quran ini adalah kesinambungan kepada Program Tilawah Al-Quran yang diadakan setiap hari dari jam 8.15 pagi sehingga 8.30 pagi, mulai Ramadan yang kedua. Program bacaan Al-Quran bersama-sama dengan pembimbing melalui saluran Webex fakulti tanpa putus sepanjang Ramadan 1442 ini telah berjaya meningkatkan tahap kerohanian di dalam hati semua staf FSSH. Kemuncak bagi program ini adalah majlis khatam tersebut telah diadakan secara langsung @ telecast dari bilik seminar Sekolah Pendidikan (SoE) yang dipancarkan ke saluran Webex dan juga Facebook FSSH sempena Nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan kali ini.

Melalui sumbangan dari kalangan staf FSSH yang sangat bermurah hati di bulan Ramadan, sumbangan bubur lambuk sebanyak 300 bungkus telah berjaya diedarkan kepada semua staf FSSH di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Selain dari itu juga, sebanyak 100 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada staf UTM oleh Dekan FSSH itu sendiri di Synergy Bridge @ Jambatan Sinergi iaitu jambatan antara bangunan D05 dan C14.

Kebajikan pelajar FSSH yang masih berada di dalam kampus UTM dan sedang mengikuti kelas atau bengkel secara ‘face to face’ juga tidak dilupakan oleh pihak FSSH. Di bawah Program Iftar Ramadan, sebanyak 250 bungkus juadah berbuka puasa telah disediakan dan diedarkan kepada mereka di hampir kesemua kolej-kolej yang ada di UTM. Semoga dengan usaha penyampaian sumbangan ini, hajat dan niat para penyumbang kepada Program FSSHeart Ramadan 1442 ini tertunai.

Perlaksanaan program murni seperti ini adalah harapan dan impian pihak fakulti pada setiap tahun khususnya ketika bulan Ramadan – selaras dengan tagline fakulti iaitu Mendidik dan Menginsan. Dengan penghayatan yang semakin tinggi terhadap nilai teras UTM dan tambahan satu (1) di peringkat FSSH iaitu Integrity, Synergy, Excellence, Sustainability dan Sprituality (ISESS), program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar dengan kerjasama secara berpasukan dari kalangan staf yang telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakannya. Semoga usaha murni semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Rujukan:-

Majlis Khatam:

https://www.facebook.com/humanities.utm/videos/487896892632471

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=humanities.utm&set=a.1034454593756556

Edaran Bubur Lambuk:

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=humanities.utm&set=a.1034456987089650

Disediakan oleh:

Khairull Azmi bin Ishak

Timbalan Pendaftar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Explore More