Disember 25, 2024

pengedaran makanan kurniaan tuanku permaisuri

Satu pengalaman yang luar biasa kali ini apabila kolej kami (Kolej Tun Hussein Onn) antara 3 kolej yang dikuarantin selama 10 hari bersama pelajar yang ada di sini.

Di sinilah peranan kami membantu mengawal emosi pelajar tidak lupa juga emosi keluarga yang tercinta.

Setiap hari kami akan membuat edaran makanan kepada pelajar untuk 3 sesi iaitu pagi, tengahari & malam. Alhamdulillah kebajikan seluruh warga pelajar akan kami dahului.

Menjunjung kasih DYMM Tuanku Permaisuri atas kurnia Nasi Beriyani buat kami di sini. Pengagihan makanan bersama sukarelawan UTM amat kami hargai. Kuranglah rasa hiba di hati pelajar beraya tanpa keluarga di sisi.

Terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang barangan keperluan harian untuk semua warga kolej bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

#cekalbersamatakwa selama 10 hari, semua warga kolej termasuk pelajar diminta untuk duduk di dalam kediaman masing-masing agar dapat membendung penularan wabak ini yang kian meningkat. Saman akan dikeluarkan buat mereka yang ingkar bagi menjamin ketenteraman warga kolej yang lain. Kami akan sentiasa bersedia apabila diperlukan agar kolej sentiasa aman & tenteram.

Kesihatan pelajar sentiasa dipantau dengan bantuan daripada warga kolej. Jika ada yang bergejala, maklumat akan terus disampaikan kepada Pusat Kesihatan Universiti bagi mengambil tindakan yang sepatutnya.

Kami juga turut membantu membuat edaran bungkusan-bungkusan pembelian secara atas talian kepada semua warga kolej. Bungkusan-bungkusan ini akan diasingkan mengikut blok-blok pelajar sebelum diedarkan bersama edaran makanan.

Esok (21 Mei 2021) akan tercatat dalam sejarah kerana bukan hanya 3 kolej tapi keseluruhannya akan menjalani PKPD secara rasmi sehingga 3 Jun 2021. Perkara ini bukanlah perkara baru buat kami warga kolej kerana telah kami tempuhi pada 10 hari yang lalu. Namun kali ini pengawasannya lebih ketat dan sudah bertukar tangan.

Doakan kami semua.

#kitajagakita #staysafestayhome #prayforutm #pkpdutm #cekalbersamatakwa #UTMDNA

Explore More