April 20, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 5 Apr. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Petronas Southern, di sini hari ini mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak melalui sebuah pertemuan dua hala melibatkan wakil pengurusan tertinggi daripada Universiti dengan syarikat tersebut.

Pertemuan yang dijalankan melalui inisiatif UTM Engage (Industry) tersebut dihadiri oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, Prof Madya Dr Johari bin Surif serta beberapa lagi pegawai kanan UTM.

Sesi pertemuan UTM dengan Petronas Southern di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru

Manakala Petronas Southern diwakili oleh General Manager, Haji Sazli Bin Zakaria, Ketua Operasi Ainal Ghauth B A Latib-Talib, Shuhaizee Binti A Shukor, Manager, Engagement dan Nurain Nisa Binti Sukari, Executive, Engagement.

Sesi suai kenal pihak UTM bersama Petronas Southern tersebut bertujuan untuk melihat peluang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam melaksanakan projek komuniti berimpak di Zon Selatan.

Turut dibincangkan ialah inisiatif Projek Orang Asli serta peluang kerjasama yang lebih baik untuk masa hadapan.

Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi pertemuan tersebut ialah kepakaran yang ditawarkan oleh UTM, inisiatif Low Carbon Society  / Kampung Rendah Karbon serta inisiatif JIVe dan projek di bawah JIVe.

Pihak Petronas Southern memaklumkan program khidmat masyarakat (CSR) akan memfokus kepada bidang Tenaga Hijau (Green Energy), Kelestarian dan Agroteknologi.

Sebelum ini Petronas dan UTM telah menjalankan kerjasama yang erat meliputi penyelidikan, perundingan, internship dan pertukaran kepakaran.

Delegasi merakamkan gambar kenangan

Explore More