April 25, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 5 Apr. — Pasukan penyelidik/pensyarah dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dianugerahkan ‘Runner Up’ bagi kategori off-grid dalam Anugerah Tenaga Nasional atau National Energy Award (NEA) 2020 anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Pasukan yang dianggotai oleh Dr Jasrul Jamani bin Jamian, Dr. Zulkarnain Bin Ahmad Noorden, Dr. Madihah Md Rasid dan Dr. Siti Maherah Hussin telah berjaya memenangi kategori tersebut menerusi projek solar PV di Kampung orang Asli Woh Intake Tapah Perak, iaitu sebuah projek CSR membantu membekalkan tenaga elektrik untuk penduduk kampung dengan kerjasama Bank Islam pada tahun 2020.

Antara kekuatan projek ini adalah kerana terdapat elemen pemindahan ilmu kepada penduduk bagi memastikan sistem yang dibangunkan dapat bertahan dengan lama.

Pasukan penyelidik merakamkan gambar kenangan

Melalui anugerah ini, UTM beroleh trofi, sijil dan hadiah bernilai RM15,000.00 yang disampaikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah.

Explore More