Disember 27, 2024

Wellbeing Week

Pada 5 April 2021 yang lalu, Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Razak (KTR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melangsungkan sebuah Program Well-being Week

Program yang berlangsung selama 5 hari tersebut dijalankan secara dalam talian.

Pengarah program, Mohammad Aizuddin Hafizi Bin Hisham berkata program ini adalah untuk mengajak peserta meluangkan masa dengan menyertai aktiviti yang dapat membantu mereka berasa seronok tanpa sebarang tentangan dan masalah.

“Bebanan dan tekanan daripada komitmen harian membuatkan kita sukar meluangkan masa untuk diri kita sendiri.

Kesukaran yang berlaku ini akhirnya mengakibatkan kesihatan tubuh, fikiran dan emosi diri terabai,” kata beliau.

Tambah beliau, meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang seronok merupakan antara cara penjagaan diri yang patut diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Amalan penjagaan diri ini dapat membantu kita untuk memulihkan semula tubuh dan emosi serta membawa kepada kegembiraan diri sendiri. Melalui program ini, peserta berpeluang melakukan aktiviti-aktiviti yang berfokuskan kepada pemulihan kesihatan tubuh, emosi dan fikiran.

Terdapat 5 aktiviti yang dijalankan secara dalam talian sempena program Wellbeing Week ini. Aktiviti yang pertama berlangsung pada 5hb 2021 iaitu Night Games with Senimas. Sebanyak 85 orang penyertaan bagi aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk meluangkan masa dengan cara yang lebih santai melalui permainan yang dikendalikan oleh kelab Senimas KTR.

Antara permainan yang sewaktu aktiviti ini ialah Kahoot – Soalan berkaitan makanan di Malaysia dan Stumble Guys: Multiplayer Royale.

Pada hari yang seterusnya, aktiviti Tabata with Invictus yang dikendalikan oleh Kelab Invictus KTR bersama Exco Sukan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTR di mana peserta dilatih untuk membuat sejenis senaman Tabata yang dapat mengalakkan peserta untuk lebih aktif dan melupakan masalah harian.

Aktiviti ini juga memberi manfaat kesihatan tubuh badan yang boleh menjadi impak positif terhadap kesihatan mental mahasiswa/i. Sebanyak 33 orang peserta berjaya menyertai aktiviti ini dengan jayanya.

Hari ketiga program ini diserikan dengan aktiviti ceramah yang sangat berinformatif iaitu aktiviti Self Cutting- Trends of Self-Harming Behaviour oleh En Nurul Hafiz, Pengawai Psikologi Universiti Teknologi Malaysia yang menceritakan mengenai tindakan-tindakan di luar norma jika masalah mental tidak ditangani dengan sebaik mungkin dan stigma masyarakat yang boleh memberi tekanan yang lebih kepada pesakit mental.

Sesi ceramah ini mendapat sabutan yang sangat hangat dari peserta dalam dan luar UTM dengan 389 penyertaan. Peserta juga begitu berminat dengan menanyakan soalan-soalan yang menjurus terhadap kesihatan mental yang semakin berleluasa pada masa kini.

Sesi Ceramah Self Cutting- Trends of Self-Harming Behaviour oleh En Nurul Hafiz, yang dimoderatorkan oleh Saudari Nur Farzana Amirah Binti Zairul Hisham dibawah kelolaan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya KTR (PRS).

Selepas sesi ceramah yang begitu bermanfaat, program ini diteruskan dengan aktiviti yang dapat memberi impak yang seimbang antara kesihatan tubuh badan bersama mental sekaligus iaitu aktiviti senaman yoga. Aktiviti ini diseliakan oleh seorang tenaga pengajar yoga yang berpengalaman iaitu Nadia Farhana(seperti gambar di bawah).

Aktiviti ini dijalankan secara hybrid, iaitu dalam talian dan bersemuka. Seramai 270 penyertaan dari pelajar untuk menyertai aktiviti yang sangat memberi ketenangan jiwa dan raga.

Aktiviti Jom Beryoga ini bukan sahaja disertai oleh pelajar KTR namun, ahli Jawatan Kuasa Mahasiswa KTR dan Majlis Felo juga menjadi ahli peserta aktiviti yang bermanfaat untuk ketenangan jiwa dan raga peserta.

Tidak lengkap bagi sesuatu program yang berfokuskan kesihatan mental jika tidak diselangi dengan aktivi kerohanian dimana lebih kepada keagamaan yang mampu membina jati diri yang mantap dalam kalangan mahasiswa/i di KTR sekiranya dilaksanakan sejajar dengan keperluan para mahasiswa/i.

Oleh itu, aktiviti penutup program ini ialah aktiviti ceramah Semarak Ramadan yang juga bersempena dengan bulan berkat, bulan Ramadhan yang semakin hampir.

Penceramah yang dijemput khas dari Pusat Islam UTM iaitu Ustaz Amir Irsyad memberi ceramah yang bertajuk Andainya ini Ramadhan Terakhir sungguh memberi pengisian dan pendedahan mengenai Islam dengan sejelas-jelasnya dan disepadukan dengan penghayatan yang dituntut oleh Islam. Program ini dilangsungkan dengan jayanya dengan penyertaan seramai 196 orang dikalangan orang Islam dan bukan Islam.

Aktiviti Sembang Sri Razak Bilangan 2: Andainya ini Ramadhan Terakhir menyempurnakan penutupan program Wellbeing Week yang berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari peserta-peserta. Sesi ceramah ini dimoderatorkan oleh Saudari Nur Syafeeratul dan disampaikan oleh Usztaz Amir Irsyad Bin Saim. Aktiviti ini juga dibantu oleh Kelab Sahabat Tun Razak (KSTAR).

Secara kesimpulannya, dengan arus pemodenan yang sangat kompetitif yang sedikit sebanyak memberi tekanan mental kepada para mahasiswa/i dan orang dewasa tidak boleh dipandang remeh.

Oleh itu, program seperti Welbeing Week yang amat membantu mahasiswa/i untuk menangani masalah ini dengan cara yang proaktif dapat sedikit sebanyak dapat memulihkan semula kesihatan tubuh, emosi dan fikiran mereka sebelum menempuh semula cabaran kehidupan.

Explore More