November 9, 2024

Search
Close this search box.

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (KTR) telah mengadakan program “WORLD IN SUSTAINABILITY AND ENVIRONMENTAL RESPONSIBILITY(WISER) 2021” gabungan alam maya dan juga fizikal di sekitar kediaman KTR bermula dari 28 Mac 2021 sehingga 4 April 2021.

Bagi pelajar tahun pertama terutamanya yang sudah pulang ke kampus, mereka diberikan pendedahan aktiviti mengikut SOP dan bagi yang masih berada di kampung halaman mereka masih tidak ketinggalan kerana terdapat juga aktiviti yang dijalankan untuk meraka.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar Universiti Teknologi Malaysia, untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mahasiswa mengenai alam semula jadi, untuk mendorong pelajar menunjukkan minat mereka untuk menyelamatkan alam sekitar dengan memperindahkan persekitarannya dan untuk mengurangkan penggunaan dan pencemaran elektrik.

Ini seiring dengan matlamat ke-12 “Sustainable Development Goals (SDGs)” iaitu tanggungjawab penggunaan dan pengeluaran diambil kira untuk mencapai sasaran pengurangan penjaan sisa secara besar-besaran melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula menjelang 2030.

Antara aktiviti yang dijalankan secara alam maya ialah kuiz kehijauan, pertandingan pengucapan awam yang dimenangi oleh saudara Wong King Yun, Auzaie Aiman Yap Zul Hakimi Yap dan Muhammad Nasrullah Mohd Daud, pertandingan bertemakan “Green Technology OOTD” bersama alam semulajadi, dan pertandingan poster yang dimenangi oleh saudari Afiqah Nurnabila Md Yani, Anastasia Tsen Oi Ling dan Nurin Adriana Ardini Mohd Ridzwan.

Pada 3 April 2021, sebuah forum bertajuk Peranan Mahasiswa Dalam Usaha Melestarikan Alam Sekitar turut disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Shamsul Bin Sarip, iaitu Timbalan Pengarah, Pejabat Pelestarian Kampus, UTMKL dan Prof. Madya. Dr. Syed Ahmad Helmi Al Haddad dari Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan. Pada malam forum berlangsung, penutupan lampu selama 30 minit turut dilakukan.

Beberapa aktiviti yang dijalankan secara fizikal adalah melalui program “SUSTAINING NATURE” di mana ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar yang turut berada di dalam kampus. Gotong-royong dijalankan melibatkan K01 terutamanya termasuk Bilik Seminar, Dewan Serbaguna, dan surau. Bukan itu sahaja, peserta turut mendapat ilmu tambahan daripada badan bukan kerajaan Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang iaitu Pengurus Kelab Alami Cik Nur Afiqah binti Md So’ot. Akhir sekali adalah aktiviti “Do It Yourself”’ di mana pelajar turut diberi peluang untuk berkreatif dengan menggunakan barang-barang kitar semula untuk mencipta sebarang barang yang bermanfaat.

Program ini dapat berjalan dengan lancar sama ada alam maya mahupun fizikal. Di harap program ini sedikit sebanyak dapat menyuntik peranan mengekalkan lestari dalam kehidupan pelajar.

Disediakan oleh,

WISER’21

Explore More