Disember 22, 2024

Pada 8 hingga 11 April 2021, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi 2020/2021 telah menganjurkan Kem Pemantapan JKM KTDI 2020/2021 (KETA’20) di Hutan Rekreasi UTM. Seramai 27 peserta dari kalangan ahli JKM KTDI terlibat dalam menjayakan program ini.

Program Kem Pemantapan ini merupakan program tahunan Kolej Tun Dr. Ismail untuk ahli jawatankuasa kolej mahasiswa sesi baharu.

Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli jawatankuasa sekaligus membina karakter yang baik dari aspek personaliti, kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar melalui pengisian-pengisian yang memberi impak. Melalui program ini, ahli jawatankuasa dapat bekerjasama dengan lebih baik sekaligus melancarkan pengurusan program yang akan datang.

Meskipun berdepan dengan situasi pandemik, KETA’20 berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan Covid-19. Peserta telah berisolasi di Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Kediaman Rahman Putra selama 2 minggu sebelum dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti fizikal.

Program 4 hari 3 malam ini dimulakan dengan peserta berkumpul pada jam 4 petang di Hutan Rekreasi UTM dan bersiap sedia untuk mendirikan khemah. Seterusnya, peserta telah dibagikan kepada 5 kumpulan dan perlu membuat aktiviti didalam kumpulan.

Kemudian, KETA’20 juga dipenuhi  dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan fizikal peserta seperti “Night Walk” yang menguji keberanian peserta untuk berjalan seorang diri ke balai cerap dan “Jungle trekking Survival Training” yang menguji ketahanan fizikal peserta serta melatih peserta untuk berfikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, “War Games” memupuk kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan dengan menggunakan strategi yang kreatif dan berkesan. Kemudian, perkongsian dari Dr. Akmali banyak memberi kesedaran kepada peserta tentang ciri menjadi seorang pemimpin yang baik.

Aktiviti “Explore race”, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), “Warrior Challenge” juga telah memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta manakala aktiviti “Talent Night” mencungkil bakat peserta dalam lakonan dan nyanyian.           

Majlis penutup KETA’20 turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Jabatan TNCHEP, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib. Akhir sekali, peserta memberikan maklum balas yang baik untuk program ini sekaligus menjadikan objektif program tercapai.

Maka, diharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk lebih mengenali satu sama lain dan bekerjasama dengan lebih baik untuk program Kolej Tun Dr. Ismail akan datang.

Explore More