April 18, 2024

Search
Close this search box.

Program Research Week@FS 2021 yang berlangsung pada 14hb Mac sehingga 21hb Mac 2021 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini mempamerkan barisan penceramah yang berpengalaman dari pelbagai pusat tanggungjawab di UTM.  

Antaranya adalah  dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pusat Komuniti dan Jaringan Industri (CCIN), Pejabat Hal Ehwal Korporat, Penerbit UTM Press, UTM Alumni, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan juga barisan penceramah dari Fakulti Sains sendiri.

Pihak fakulti amat  berbesar hati dengan kehadiran Pengarah Penyelidikan Bersekutu Kesihatan dan Kesejahteraan (Health & Wellness Research Alliance) UTM, Prof Dr. Rosli bin Illias. Beliau telah merasmikan majlis penutup Program Research Week@FS yang diadakan secara dalam talian dengan perkongsian yang bertajuk “How to be a Good Researcher”.

Antara intipati penting yang ditekankan oleh beliau adalah mengenai konsep “Scholarly Excellence” yang menggalakkan setiap penyelidik di UTM supaya meningkatkan penguasaaan bidang penyelidikan masing-masing.

Dengan adanya usaha ini dapatlah  melahirkan lebih ramai penyelidik UTM yang berkualiti dalam pelbagai cabang  ilmu.

Selain itu, pemenang-pemenang bagi pertandingan poster penyelidikan pelajar pascasiswazah Fakulti Sains yang dikelolakan oleh FS Postgraduate Student Society (PGSS) dan pertandingan People@UTM Website dalam kalangan staf Fakulti Sains turut diumumkan.

Dr Ganesan A/L Krishnan selaku pengarah Program Research Week @FS 2021 turut memaklumkan keberjayaan program-program yang dianjurkan khususnya Bengkel Penulisan Review Article, sesi perkongsian penulisan geran penyelidikan dan sesi MOU/MOA.

Pengarah program turut berterima kasih kepada warga fakulti atas libatsama dan sokongan yang diberikan dalam semua program yang dianjurkan.

Diharapkan program-program yang dianjurkan sepanjang Research Week @FS 2021 dapat memberikan sedikit sebanyak info dan juga ilmu yang bermanfaat buat semua penyelidik di fakulti bagi keperluan aktiviti penyelidikan.

MajlisResearch Week @FS melabuhkan tirainya dengan pelancaran FRESH Newsletter (FS Research Hub) yang merupakan buletin rasmi yang memuatkan informasi terkini aktiviti penyelidikan yang berjalan di Fakulti Sains.

Selain itu, turut diselitkan juga pelancaran Journal of Material in Life Sciences (JOMALISC) yang dikendalikan oleh Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano) melalui lama sesawang yang berikut https://jomalisc.utm.my/index.php/jomalisc.

Disediakan oleh : Ts Dr Syazwani Itri Amran

                             Dr Siti Pauliena Mohd Bohari

Explore More