Bengkel ‘TOT’ Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) Anjuran CFiRST dan YPKDT

Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) merupakan satu modul kekeluargaan yang menyeluruh khusus untuk masyarakat bukan Islam bagi memenuhi hasrat menjadikan Negeri Johor sebagai sebuah negeri yang berwibawa melalui pembentukan keluarga yang sejahtera.

Modul yang dibangunkan mengambil pendekatan yang bersesuaian dengan kepelbagaian masyarakat dan bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama masyarakat negeri Johor yang juga disandarkan kepada falsafah dan hala tuju negeri Johor.

Modul MKSNJ ini telah dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) dan Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan dengan Kerjasama Sepenuhnya daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT). Bagi memastikan modul ini sampai kepada masyarakat, satu bengkel Training of Trainers (ToT) Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) telah diadakan pada 7 hingga 9 April 2021.

Bengkel ini dianjurkan oleh  Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan Kerjasama Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) serta pensyarah daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram ini melibatkan seramai 52 orang penggerak wanita YPKDT Negeri Johor dan pegawai tadbir YPKDT daerah.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi panduan, bimbingan dan pemahaman kepada Penggerak Wanita untuk disampaikan kepada masyarakat awam dalam membentuk dan memperkasakan institusi kekeluargaan khususnya masyarakat bukan Islam di negeri Johor dan seluruh masyarakat umumnya.

Bengkel telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Zaiton binti Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor. Turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Puan Nurul Naqiah Binti Haji Fadzil dan pengarah CFiRST, Prof. Dr. Farahwahida Bte Mohd Yusof.

Sebanyak 14 modul telah dibentangkan dalam bengkel tersebut. Modul tersebut boleh dikelaskan kepada empat tema yang utama, iaitu:  

TEMA 1: MODUL FASA PRA PERKAHWINAN (Sebelum perkahwinan) – “GERBANG CINTA”

TEMA 2: MODUL FASA AWAL PERKAHWINAN – “SERASI BERSAMA”

TEMA 3: MODUL FASA PRA KEMATANGAN – “SEHATI SEJIWA”

TEMA 4: MODUL FASA KEMATANGAN – “SEMARAK KASIH”

Projek yang diketuai oleh PM Dr. Mohd Fauzi bin Abu @ Hussin ini juga telah Berjaya di digitalkan melalui sistem MOOC iaitu satu kursus dalam talian yang mempunyai penyertaan tanpa had dan akses terbuka. Projek MOOC-MKSNJ ini diketuai oleh Dr. Aminudin bin Hehsan dengan Kerjasama UTMLead dan dibiayai sepenuhnya  oleh YPKDT.

Di dalam bengkel ToT ini, peserta telah diberi Latihan penggunaan MOOC-MKSNJ bagi memastikan Modul Keluarga Sejahtera ini dapat sampai kepada sasaran.

Di akhir program ini, Pelan Pelaksanaan MKSNJ dibentangkan oleh para peserta YPKDT, dengan harapan agar mereka mendapat input dan mampu menyampaikan modul ini kepada masyarakat dengan jayanya di kawasan lokaliti masing-masing.

2 thoughts on “Bengkel ‘TOT’ Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) Anjuran CFiRST dan YPKDT”

  1. Avatar

    MKSNJ-MODUL KELUARGA SEJAHTERA NEGERI JOHOR MERUPAKN GABUNGAN DI ANTARA UTM DAN YPKDT,BUKU MKSNJ MEMBAWA LEBIH BERMAKNA PADA DIRI SENDIRI DAN JUGA PADA SESUAI DIBAWA PD MASYARAKAT MALAYSIA,BANYAK YG TERKANDUNG DLM BUKU MKSNJ DN SYABAS DIUCAPKN PADA DUA GABUNGAN YG MENUBUHKN BUKU MODUL KELUARGA SEJAHTERA.

  2. Avatar

    TOT telah memberi kami Penggerak Wanita mendalami ilmu MKSNJ dengan lebih luas. Memberi latihan yg baik utk kami berhadapan bersama maayarakat. Sistem MOOC dpt membantu menyebarluas pengetahuan tentang MKSNJ kpd masyarakat di luar sana.
    Terima kasih serta syabas dan tahniah kepada YPKDT dan UTM

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *