April 23, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 30 Mac — Hasil penyelidikan terkini daripada kumpulan penyelidik daripada Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK) telah berjaya menjejak punca air akuifer di dalam kawasan hutan rekreasi UTM.

Menariknya, sumber air akuifer ini adalah sumber air berkualiti tinggi yang sesuai untuk dijadikan bahan minuman.

Pengarah GEOTROPIK UTM, Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad berkata penemuan tersebut merupakan ‘breakthrough’ terhadap eksplorasi air akuifer batuan kerana sumber tersebut dijumpai di kawasan yang berbukit di mana kebiasaannya kejayaan penemuannya adalah sangat rendah.

Hasil daripada kaedah eskplorasi air yang sistematik dan berinovasi melalui integrasi kaedah kajian geologi, geofizik dan geomatik.

Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad (kiri) menerangkan tentang projek kepada Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail semasa sesi lawatan beliau ke tapak projek penerokaan telaga air di Hutan Rekreasi UTM
Jentera yang digunakan untuk menggali tanah untuk mendapatkan punca air

“Melalui kajian ini, sumber air boleh didapati dengan kaedah menggali sedalam 156 m dari permukaan tanah.

Dianggarkan sebanyak 500,000 Liter air boleh ditarik keluar dalam masa sehari,” kata beliau.

Penyelidikan adalah daripada sumber pembiayaan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) melalui dana Translational@Campus kepada kumpulan tertentu berdasarkan tema seperti Elektrik, Air, Keselamatan, Aset dan Pelancongan.

Explore More