Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Usai norma baharu pandemik Covid-19, pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuh oleh semua peringkat masyarakat, tidak terkecuali tempias tersebut dirasai juga oleh golongan para pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ketika kebenaran secara berperingkat dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada pelajar yang menghadapi kekangan mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara online untuk kembali ke kampus, pelajar yang tertinggal kelas-kelas amali di makmal/bengkel dan mereka yang akan mengikuti Latihan Mengajar (LM) dan Latihan Industri (LI) ini telah membuat permohonan untuk masuk ke kampus.

Kehadiran pelajar ke kampus UTM ini dengan kebenaran pihak pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di bawah kawalan Standard Operating Procedure (SOP) bersama Pihak Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pihak Pejabat Keselamatan, Pejabat Pendaftar.

Kesemua pelajar ini diwajibkan melalui proses isolasi di Pusat Isolasi UTM yang ditetapkan bagi tempoh 10 hari dengan SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seramai 141 orang pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah mendapat kelulusan untuk masuk ke kampus mulai 27hb Feb yang lalu.

Jumlah ini melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 3 yang akan mengikuti LM di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru dan Pelajar tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Program Fizik dan Program Kimia) atas keperluan PdP di makmal mereka. Kesemua mereka ini telah dikuarantin bagi tempoh 10 hari di Kolej Rahman Putra(KRP) dan Kolej Tun Fatimah (KTF).

Atas konsep #kamiprihatin, pihak fakulti telah menganjurkan Program FSSHEART – iaitu program sumbangan makan tengahari dan juga sumbangan makanan lain berupa biskut dan buah-buahan kepada semua pelajar yang terlibat pada 7 Mac 2021 yang lepas. Sumbangan ini adalah hasil dari sumbangan ikhlas semua staf FSSH melalui Tabung Kebajikan Pelajar FSSHeydey yang telah dilancarkan.

Sebanyak 200 pek sumbangan yang disediakan dan dikongsi juga kepada pelajar-pelajar dari fakulti lain yang berada sama di Pusat Isolasi tersebut.

Pihak fakulti amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada staf fakulti yang telah menyumbangkan wang ringgit bagi menjayakan program #kamiprihatin di bawah Program FSSHEART 2021.

Disediakan oleh :

Khairull Azmi bin Ishak

Timbalan Pendaftar

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan


Explore More