November 6, 2024

Search
Close this search box.

Perjumpaan Pemilik Burung Macaw Sokong Aspirasi UTM Sebagai Destinasi Edupelancongan

Seiring dengan pelancaran inisiatif Kampus Ekopelancongan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2009 oleh Mantan Naib Canselor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, universiti telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi menonjolkan UTM bukan sahaja sebagai kampus untuk menuntut ilmu malah untuk bersantai dan melancong.

Dari situlah tertubuhnya UTM sebagai Kampus Edupelancongan iaitu bagi meneroka sekaligus menyemarakkan bidang edupelancongan dalam kampus agar pihak luar UTM sama ada pelajar mahupun orang awam dapat melawat kampus UTM Johor Bahru dengan lebih dekat sekaligus memupuk minat melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Menerusi agenda Kampus Edupelancongan, semua lokasi-lokasi yang mempunyai daya tarikan dalam kampus di UTM dipusatkan dan diurus oleh pejabat ini dengan lebih fokus dan terarah dan dibahagikan kepada 2 sektor iaitu alam sekitar (ekopelancongan) dan ilmu pengetahuan (edupelancongan).

Terbaharu, UTM dipilih menjadi lokasi perjumpaan pemilik burung Macaw oleh Kelab FreeFly Johor Bahru.

Timbalan Pengarah UTM International, Prof. Madya Dr. Mohd Ariffin B. Abu Hassan bersama ‘JR’ peliharaan beliau

Program diadakan pada 13 Mac 2021 bertempat di Stadium Azman Hashim, UTM Kampus Johor Bahru dengan objektif untuk menyemai perasaan sayang kepada hidupan eksotik serta untuk menonjolkan UTM sebagai kampus edupelancongan.

Kira-kira 12 orang ahli telah berkumpul dan membawa burung peliharaan masing-masing dan melepaskan burung tersebut terbang ke ruang udara Stadium UTM.

Explore More