Disember 22, 2024

Penghasilan Baja Cecair Organik Dari Sisa Makanan Warnai Aktiviti Fasa Awal ‘KTHO Waste to Wealth Hub’

Inisiatif kelestarian ‘Sustainable Farm’ yang digerakkan oleh Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) menerusi projek ‘KTHO Waste to Wealth Hub’ diteruskan pelaksanaannya pada 20 Mac 2021 dengan memfokuskan kepada dua aktiviti utama iaitu penghasilan baja organik FFJ (fermented fruit juice) dan sesi praktikal pemantauan faktor kesuburan tanah sebelum memulakan penanaman. Aktiviti yang bermula jam 8.30 pagi ini diketuai oleh Dr. Norahim Ibrahim, Pengetua KTHO, diperkasakan dengan penyertaan warga KTHO yang terdiri daripada Majlis Felow Merbauan (MAFAN), En. Mohd Rasdan Jamian @ Raduan selaku Penolong Pegawai Tadbir KTHO, pelajar pascasiswazah Jabatan Biosains, Fakulti Sains dan juga pelajar prasiswazah dari KTHO sendiri, mengikut prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka sepanjang aktiviti berlangsung.

Sesi bermula dengan aktiviti menggembur dan menambah tanah di sekitar Pejabat Pentadbiran KTHO. Tanah yang telah selesai digembur seterusnya diukur pH dan kelembapan tanahnya bagi memastikan medium tanaman berada pada tahap yang optimum sebelum proses penanaman dimulakan. Pemantauan yang dibuat sememangnya signifikan kerana kedua-dua parameter tersebut merupakan di antara faktor-faktor utama kesuburan medium tanaman. Pada masa yang sama, rumput-rumput yang dicabut sewaktu proses penggemburan tanah kemudiannya dikumpulkan di dalam tong, sebelum diperam untuk menghasilkan baja nitrogen (juga dikenali sebagai baja daun) secara alami.

Kerja-kerja merumput dan menyediakan baja N (baja daun) dan menggembur tanah..

Seterusnya, pada pengisian kali ini, peserta-peserta turut didedahkan dengan teknik penghasilan baja organik FFJ (fermented fruit juice) yang terhasil daripada sisa makanan dari buah-buahan seperti kulit nenas, belimbing buluh yang telah gugur ke tanah dan kulit pisang. Sisa-sisa makanan ini kemudiannya dicampurkan ke dalam tong, dengan ditambah larutan gula merah (molasses), larutan EM1 (effective microorganism) dan belacan yang mana bahan-bahan tadi akan diperam di selama sekurang-kurangnya 2 minggu bagi menghasilkan larutan baja cecair yang kaya dengan nutrien-nutrien penting bagi pertumbuhan tanaman.

Secara ringkasnya, aktiviti-aktiviti yang telah dirancang kali ini bertujuan menyediakan alternatif kepada umum cara paling mudah menyediakan baja organik menggunakan sisa makanan dan sisa lanskap di rumah bertujuan mengurangkan kadar pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah melalui kaedah kitar semula sisa yang mesra alam.  

Kulit pisang, kulit nanas dan belimbing buluh yang telah busuk merupakan di antara bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan baja cecair organik..

Larutan gula merah (molasses), larutan EM1 (effective microorganism) dan belacan dicampurkan ke dalam tong berisi campuran sisa buah-buahan untuk memastikan kesempurnaan proses penapaian.

Bacaan pH diambil dengan alat pengukur bagi setiap larutan buah-buahan untuk mengetahui sifat semulajadi sesuatu bahan tersebut.

Baja peram dari sisa dapur yang telah matang dan sayur-sayuran yang disuburkan dengannya. 

Pengisian aktiviti kali ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Semua peserta sangat berpuas hati dengan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai teknik pembuatan baja organik menggunakan sisa dapur. Semoga inisiatif kelestarian dari KTHO ini memberikan manfaat bukan sahaja kepada warga KTHO dan UTM, malah segenap lapisan masyarakat di sekitarnya.

Penghasilan Baja Organik Dari Sisa Makanan Warnai Aktiviti Fasa Awal ‘KTHO Waste to Wealth Hub’

Explore More